19 Dis 2012

Syukur Dengan Apa Yang Ada

Bismillahirrahmanirrahim..


^^, Rajin pula akhir-akhir menghapdate. Almaklumlah, hujung tahun, program pon berkurang sudah sekarang. Sentiasa dalam proses untuk merangka dan merancang.. oleh demikian, banyak lah masa-masa dihabiskan dengan perkara kurang lebih faedahnya nih.


Sedang melayari intenet tanpa henti mencari bahan-bahan fosil untuk program "women space" akan datang.. tetiba saya teringat akan yayasan tunku abdul rahman. fuhh..dengan segera mendail nombor.

"hello, boleh saya bercakap dengan bahagian dermasiswa?"
"ye..sekejap saya sambungkan.."
"hello.. dengan siapa saya bercakap.." suara sang jejaka..
"ye.. saya cuma nk tanya, keputusan temuduga ytar pada bulan lepas, bila ye kami dapat check"
"ok.. boleh bagi nama n no. ic.."
"ye...boleh.." dup dap.. dup dap...laju pulak jantung ni berbunyi
"ok.. cik nad.. tahniah, cik berjaya dalam temuduga ini, jadi 3500 akan diputuskanlah 6ti.." suara kurang jelas.
"haa? saya kena bayar rm3500 lagi la ye.." dalam hati sudah munge2 manggar..
"bukan cik... kami cuma bayarkan rm3500 sahaja.. paling tinggi pon ada yang dapat sampai rm4000" ..
"hah???" 
"ye cik?"
"oo..macam u..xde yang full dimansuhkan ye" 
"xde cik.."
"kalau macam tu..terima kasihlah" .... sayu aje ganggang fon diletakkan. fuh!!!! besor harapan nk ringankan beban mak ayah.. adesss!!! "kami berazam..tukar kerajaan lepas nih" ^^,
 Alhamdulilllah!!!!! apapon, bersyukur juga dapat daripada melalui perasaan tidak dapatkan. Hanya tuhan aje yang tahu.. hari tu nazar.. kalau full dapat mansuh.. nk bayarkan keta ayah n bagi pakej umrah.. bila dah 3% je dapat ni.. kena ikhtiyar kot laen lah pulak. Marilah kita berbakti kepada ibu bapa. ^^, .




minggu ni pada 22&23 akan pergi bercuti ke pengkalan balak melaka.... nantikan!! ^^ .. bersama staff dan family.. kami yang takdak family ni bawak anak tekak ajelah.. ^^ . Moga besh!besh! selalu. musim hujan kan... Allah maha Baik~~

Tiada ulasan: