Bismillahirrahmanirrahim..
Halangan dalam kelapangan.
Biasanya kita dengar, mehnah dalam berjuang ni adalah kerana
kesibukan, kesempitan masa dan sebagainya. Namun, halangan paling besar adalah
kelapangan masa, bila senang dan bahagia dengan cara hidup normal tanpa
sebarang kesusahan ia menjadi jerat dalam perjuangan. Allahuallah! Berada ditempat
orang ini menghadapi 1000 mehnah. Kebanyakan nisa disini sudah berumah tangga. Kemana-mana
pon pergi akan dihantar dan pulang bersama suami. Kebetulan di kampung yang
diduduki ini tidak ada laluan untuk bas. Hanya bergantung kepada teksi semata. Sekali
cas.. mau rm30,50. Terpulang pada tempat.
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila
dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan
Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di
tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada
akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya
sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.” Attaubah 38
Kekadang termangu sendiri.. bagaimana boleh dielakkan
perkara yang Nampak mudah ni tapi menyulitkan keadaan. 3 program sudah
terlepas. Semalam juga sepatutnya gempur pru bersama muslimat kota raja tetapi
tunggu punya tunggu.. tiada panggilan. Maha kecewa jiwa hamba. Sebelum ini ada
sahabat perjuangan, boleh la meredah ktm, lrt dan sebagainya. Bila bersendirian
ini, tidak cantik diperlihatan untuk berjalan ke sana sini.. ada batasnya
seorang muslimah.
“Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan
Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan
keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan
harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian
amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” Attaubah 41.
Allah mengujilah tu. Bila jiwa sarat dengan “wakaf” untuk
islam. Segalanya jika boleh nak diperuntukkan untuk islam. Apatahlagi kini, kerjaya
yang tidak seberapa untuk menyumbang kepada perjuangan islam. Allahurabbi. Ingin
berada dalam “naungan islam” bersama para2 mereka yang bersemangat dan sentiasa
istiqamah dalam merempuh gerak kerja. Kekadang bila shbt2 memuji “orang hebat” “org
lama” rasa dihempap seribu penghinaan. Itu sekadar penghormatan luaran. Terasa terhiris
dengan kemampuan diri yang sedia ada.
“Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai
Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang
sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu;
tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan
bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah
kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka
membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya
mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).” Attaubah
42.
Ada segolongan juga, mengejar kekayaan bila berada dalam
kesusahan. Baginya, bila ada duit boleh bantu Jemaah. Namun silapnya, dalam
proses mencari kekayaan, usrah tidak hadir, program tidak pergi, perhimpunan
apa pon tidak beri sumbangan. Ini bukan kaya untuk Jemaah sebaliknya sebagai
memotivasikan dirinya kaya untuk akan datang. Kesan dan barokahnya sudah
terlihat disitu. Semoga diri ini juga tidak tertipu dengan apa yang telah
diperlihat oleh teman-teman.
"Katakanlah:
"Dermakanlah harta kamu sama ada dengan sukarela atau kerana terpaksa,
tidak sekali-kali akan diterima daripada kamu, (kerana) sesungguhnya kamu
adalah orang-orang yang fasik".attaubah 53
Allah yang maha mengasihani dan sentiasa memberi petunjuk. Kami
berserah diri kepadamu. Jangan biarkan kami mengurus kehidupan ini walau untuk
sesaat. Benar!! Kita boleh merancang dan menetapkan hala tuju sebagai matlamat
kehidupan namun jika urusan tidak diserahkan pada Allah s.w.t maka, hanya
menjadi haru birulah hidup ini. Rindu al-quran saya. Dua kali hilang, kali ke3
berada di sekinchan. Bila mau sampai ke klang ni.. sunyi sudah. 1 bulan
kehilangan mau gila sudah. Allahuakhbar!!
Ibrah daripada surah attaubah dalam hidup perlu dilampirkan.
Agar helaian hari2 kehidupan menjadi tempat rujukan. Motivasi perjuangan ada
disini dan bahkan menjadi penguat dikala lemah. Menjadi penawar dikala sakit. Carilah
hatimu dalam al-quran..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan