Bismillah walhamdulillah..
Subhanallah.. nikmat Allah yang mana lagi harus didustakan. kehidupan yang sebegini baik dikurniakan oleh sang pencipta yang penuh cinta dan sayang kepada hamba-hambaNYA. Lama tidak menyapa "lukisan hati " disini. bersawang agaknya. penghujung syawal ini, masih hangatnya raya sana sini. di terengganu sudah tutup pintu untuk meraikan perkara sebegini namun syukur alhamdulillah. Rezeki lebih setiap insan diberikan kepada orang lain untuk berkongsi disamping erat silaturrahim.
Tahun ini, semua rumah staff telah kunjungi.. bos, bigboss.. kak2 pejabat dan even rasmi walimah staff. meriah raya tahun ni. berada di klang rasa sudah ada kehidupan sendiri. Langsung tidak terjangkau dan terfikir untuk meneruskan perjalanan hidup disini namun begitulah aturan Allah. Sepanjang disini, telah menjalani satu temuduga bersama sebuah syarikat travel umrah dan haji :) .. itulah sebenar impian selama ini yang hanya didiamkan. moga ada rezeki dan pengalaman yang boleh diambil. masa muda2 dulu, ketika hantar orang len pi haji, selalu niat dalam hati "suatu hari 6ti, nak hantar mak,ayah kesana pulak" .. Setiap keputusan hidup yang diambil, ramai orang berpesan "fikirlah untuk diri sendiri". adakah kita berada didunia bersendiri selepas membuat sesuatu keputusan? silap tu wahai teman2.. fikirlah orang-orang sekeliling. kekadang kita ada hasrat dan impian serta pilihan sendiri namun perlukah dan bahagia ke diri kita mengecapi semua yang diingini sedangkan ramai yang terluka dan terasa hati!!
Setiap orang ada masalah dan mereka yang faham permasalahan dialami tidak menjadi orang yang bermasalah. tentunya hidup ini tidak lari dari ujian. sesuatu yang sangat sukar untuk diperbetul keadaan apabila tiada jalan keluar untuk menyelesaikan sesuatu masalah. "membuat pendedahan akan melukakan banyak hati2 insan..mendiamkan diri akan bertambah-tambah kerosakan yang sedia ada" ... suasana yang tegang sekian lama kini sedia pulih bimbang akan terpecah pada keadaan yang sukar diperbaiki. "biarlah baloh besor pon.." sejauhmana kita mampu bertahan dengan darah daging sendiri.. si tua yang sering dirisaukan.. si muda yang sering menyakitkan. perkara biasa tetapi yang mengalaminya terasa bisanya!!
Sesiapa sahaja yang bertuhankan Allah yang esa.. mohon doakan saya supaya diberi rezeki dan kemudahan untuk dermasiswa yayasan tunku abdulrahman untuk dihapuskan ptptn.. sekian lama berusaha dengan ujian sakit bertimpa-timpa untuk berusaha.. moga2 Allah memberi rahmat dengan membantu perjuangan agamaNYA. Daripada keputusan exam.. 2.80-3.20-3.33-3.45-3.68-3.78-3.83-3.74.. Jika bukan rahmat dan pertolongan Allah ke atas hamba2NYA..mana mungkin kecemerlangan dapat ditempuhi. Hidup ini berkat jika hidup untuk orang lain, jika kita merasakan kehidupan ini hanya sebagai pengantara untuk meraih cintaNYA. Minggu lepas balik terengganu untuk uruskan borang, bila tiba untuk pulang. ayah n my twin hantar ke muka pintu..sob..sob.. jiwaku rapuh.. tidak pernah kejadian ini berlaku..
Aku adalah pemerhati tetap segala kejadian alam. melihat ragam manusia..memerhati tingkahlaku masyarakat. menghayati norma-norma dan nilai hidup serta perkongsian yang sedia ada. Kehidupan orang lain sering mendewasakan kita. Perihal terindah.. kita pasti takkan lakukan apa yang dilihat mencemarkan keharmonian hidup.. belajarlah memahami diri sendiri.. sekalipun tidak dapat menyelesaikan masalah diri dan memberi kekuatan pada diri mungkin kita dapat atasi kelemahan yang tersembunyi...
***kepada insan **** *** ********* .. Benar.!!.manusia setia..manusia jika berkehendakkan sesuatu pasti akan menunggu.. 8 tahun.. bukan jangka masa yang pendek dan cukup membuktikan kesetiaan. Namun, apabila kita dapat..tidak semestinya seindah masa yang diidamkan.. zaman dulu telah berlalu dan masa sekarang bukan untuk mengulang.. terimalah kehidupan yang telah ditakdirkan. walaupun sudah bertunang bukan jaminan kepada sebuah pernikahan namun,, tetaplah dengan apa yang ada supaya tidak menyesal dengan penemuan yang belum pasti...harap diredha dengan ketetapan...maafi segala yang pernah terjadi... SEKIAN..
**kita ada terlanjur kata..bicara tak semudah dilafaz..namun hanya diri sendiri perlu sedar..islahkan diri**
Tiada ulasan:
Catat Ulasan