"Ujian yang datang..mungkin sudah lama engkau tidak betul-betul sujud pada tuhan"
Mutiara Kata:
“Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.” (Imam Syafi ’i)
Nabi saw. bersabda, "Sesiapa mengucapkan Astaghfirullahal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih, akan diampuni dosa-dosanya, walaupun dia pernah lari dari medan peperangan". (HR Al Hakim)
Bismillah wa hamdalah. lazimnya fitrah seorang hamba.. merasa pedih dengan aliran dosa yang sering tidak mampu terkawal. yang paling ditakuti, tahu berdosa tetapi masih melakukannya. ada perkara kita mampu bercakap dengan sewenangnya.. adakala apabila melaluinya.. benarlah iman senipis bawang, terlalu sukar dibenteng bila sendiri berdiri dengan akal tanpa wahyu memandu arah hidupmu.. gusar....
"inni.. akhafullah" .. berombak dan sesak nafas ingin menyeru kalam tuhan. sebaliknya jika disedari apalah yang sukar bila iman dan amal mewarisi segala jalan hidup ini. bahagia itu terletaknya disitu. bukan perlu dicari dan diminta. bila tahu dimana asasnya..pasti akan memiliki oleh yang MAHA PEMBERI.
Bila disentuh dengan kasih sayangNYA.. Maha pengasih. betapa tenang sang hamba. betapa ia sudah mencukupi dari segala yang ada di dunia ini. bagaimana ingin merasa mencintai allah dan rasul terlebih dahulu sebelum membiarkan manusia memiliki secebis hati? rasailah degup nadi..degup jantung.. ketika sujud.. ketika dahi mencecah sejadah.. ada tak ketenangan mengalir.. ketika tasbih menghembus zikir.. menyantun selawat nabi dengan kecintaan terhadapnya.. ketahuilah...itulah halawatul iman....
inilah hamba.. hamba tuhan yang lemah.. hamba yang sering melakukan kesilapan dan hamba tuhan yang ingin kembali kepada tuhan.. jangan menghukum insan yang lemah rohaninya kerana bangkitnya suatu ketika, mampu berada dibarisan hadapan.. berdoalah kepada sang pengdosa dengan sebaik2 doa dan peringatan kerana ketika berdoalah.. disisi insan.. tiada apa yang bernilai melainkan rahmat dan berkah tuhan.. disisi insan itu.. tiada apa yang berbeza..
"doakan saya.." :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan