Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah dengan izinNYa masih bernafas.. masih
berpagi-pagi dengan berzikir dengan kebesaran dan keagunganNYA. Nikmat Allah
yang mana lagi kamu dustakan..
Hari jumuuah barokah..
perbanyakkan selawat dan amalan2 sunnah yang lain.. semoga alkahfi juga
menaungi kita kelak.. antara hari yang mustajab doanya juga.. jangan jemu
berdoa mohon dipermudahkan.
Alhamdulillah wa syukrulillah..
yang dinanti dan yang diharapkan akhirnya terlerai dan dipersetujui.. 3 bulan
lagi mengharungi dengan penuh sabar walaupun masih lemah dan xmampu nak
bertahan terhadap beberapa perkara.. “pasangan kamu adalah cermin diri kamu”
tekanan level gunung everest pon ada jika kita menjadi antara punca insan lain
ke lembah dosa dan noda. Banyakkan istighfar dan mohonlah keampunan kepada
Allah.. pesan ustzh fatimah syrha “bersabar sekejap dengan yang haram, nikmat
yang halal lagi luas” insaf!!!
“nadia dulu teruk lagi sakit dari kamu.. ust pon xmampu nak berubatkan dia”
“betul ke ust..sy tengok dia sihat je”
“yelah..sakit ni bukan bleh tengok.. skrang ni dah ok cket lah.. tp sakit
lagi tu”
Lucu pula dengar perbualan ust ahmad dengan warden lelaki. Selama 7 bulan
bekerja bersama dengannya, memang xnampak la dari segi fizikal sakit. Warden ni
bercerita semasa singgah di tempat kerja lama.. senyum sendiri dibuatnya.
Bila kita rasa kita sudah sakit yang teruk2.. derita yang sudah tiada
penghujung.. ketahuilah.. ramai lagi yang lebih derita.. yang lebih sengsara..
dalaman dan luaran.. ramai lagi. Jadi jangan cepat mengeluh dengan apa yang
menimpa kamu. Sememangnya allah menimpa sesuatu yg selaras dengan kemampuan
hambaNYA.
“Bila Kita tidak pernah merasa derita.. kita takkan hargai saat
bahagia, bila kita sentiasa dalam nikmat yang sihat.. kita takkan faham
sengsara orang yang sedang sakit” jadi, jangan bersedih jika orang lain tidak mempedulikan
kita..tidak mengambil berat pada kita.. tidak berusaha ubatkan kita.. sekalipun
tidak berusaha apa-apa pon untuk kita. Jangan bersedih walau hati terasa..
serahkan hatimu pada rabb.. tuhan yang maha mengasihani dan dekat. Manusia
ada.. tetapi dia tak mampu membuatkan kita redha.(saya pon sedang merajuk ..)
“semakin kita seronok dengan dosa.. semakin hilang kebahagiaan disana” sebagai pengdosa.. kita mampu merasa dan
menikmati indahnya hidup bersyariat.. kita pasti merasa sesuatu yang aneh dalam
diri apabila rasa keinsafan itu hadir. Untunglah orang2 yang berdosa dan
berusaha untuk memohon keampunan. Jangan dilihat manusia itu sebagai malaikat,
WAJIB sempurna.. sedangkan manusia ini selemah2 insan disisi tuhanNYA.. yang
sentiasa mencari jalan memperbaiki amal dan menambah iman. Jangan menilai insan
ketika diri kita sedang tnggi keimanannya.. jangan menghukum insan lain saat
kita berada di saff hadapan perjuangan sedangkan kita tidak tahu dalaman dan
betapa bersungguhnya seseorang itu berusaha kembali kepada tuhanNYA.
Jika diizin Allah terhadap insan yang lemah ini. Akan dibina bait
muslim/ bait haraki bersama insan yang sangat hebat dimata ini pada awal tahun
hadapan dan sangat bersyukur dengan anugerah “syurga dunia” yang Allah kurnia. Berdoalah
teman. Kita ini ummat yang lalai.. berdoa tetapi tidak yakin dengan doa..
sedangkan Allah sedang mengatur urusan hidup kita dengan doa-doa yang dipohon. Mustajab
dan taa’jubnya doa ini, sy sendiri berdoa meminta itu dan ini sedangkan sehina2
saya disisi Allah dan selemah2 saya disisi insan sebagai pengdosa Allah
makbulkan apatah lagi kalian yang hebat dalam perjuangan dan hebat dalam amalan.
Kekadang saya sendiri malu dengan tuhan kerana banyak nikmat dikurnia tetpi
dosa dan noda tidak berkurang. Allah itu maha penyayang dan pengampun. Usah bercerita
aib kita pada dunia sedangkan Allah tutup sebaik2nya. Jadi kembalilah pada tuhan.
Biiznilah.. mohon doa kesihatan saya agar dapat berkhidmat untuk agama
ALLAH.. Bagi yang belum join usrah..berusahalah untuk cari. Kini, bukan lagi
zaman abrahah yang mana bantuan allah datang saat umatnya memohon. Sekarang ni
zaman perjuangan yang berlandaskan memohon kekuatan daripada Allah.. jangan
biarkan jiwa kosong dari pengisian. Cari… jangan menunggu orang mencari kita..
perjuangan islam dan harakah islam ini tetap ke hadapan meninggalkan kita..
takkan sesekali jatuh bila kita meninggalkan perjuangan.. wallahu.alam..
2 ulasan:
Barakallahulakuma cik Nad.... ^_^
tahniah kak... nanti walimah kte jangan lupa mai noh...
Catat Ulasan