Bismillah..alhamdulillah..
"kak na eh, kita teringin nak pakai tudung labuh macam kakna..menutup aurat.. tapi.. kita malu gop..xdok geng ekpon.. kekgi orang duk sindir2 kita..macam ustazah.. doh gane eh kakna.. kita nak berubah jugop" luah seorang anak yatim.. beliau sangat ganas dan lebih kepada perwatakan lelaki sebenarnya.. terkedu juga bila dia meluahkan perkra sebegini. sangka kami, myb dia nak pakai otai2 dan simple. begitulah manusia.. jangan kita mencari dan berkawan dengan orang yang baik2 saja.. seingat saya dikampus.. teman2 saya semua solehah dan bertudung labuh.. kebanyakan sahabat dan rakan bukan pengajian islam sekalipun pasti bertudung labuh..
"kak..ramai kawan kak.. gi mane2 pon ade je hok tegur..pah2 pakai plop tudung labuh belake" tegur rakan sekelas yang berpewatakan biasa-biasa saja. sekadar tersenyum.. :) saya bersyukur dianugerah ramai sahabat2 yang baik2 dan solehah.. bukan nak berkawan dengan golongan sebegini saja tetapi dianugerahkan.
peristiwa saodah..
ada sebuah surau dikampus namanya surau saodah.. bermula disini, gerak kerja memakmurkan surau bermula. disini juga ramai hati-hati bertaut cintakan Allah.. masyaAllah.. indahnya..sehinggakan ada seorang adik..menjadikan sebagai trademark dalam aktivti hariannya "kak..demi saodah" .. nak buat apa2.. mesti ada ayat "demi saodah".. disurau ini.. kami bertungkus lumus mengadakan aktivti.. tazkirah.qiam.iftar.diskusi kitab dan sebagainya..alhamdulillah..makmur... sehinggakan wajar dipuji kerana menjadi ikutan surau2 lain. peristiwa yang saya ingin bawakan adalah mengenai 2 orang adik diploma kos pengurusan.. pakai seluar track..tshirt..tudung bawal kecik.. tapi.. istiqamahnya dengan surau saodah.. masyaAllah.. malu kami ni.. yang paling salute..adalah istiqamah pada waktu subuh.. setiap masa ada je adik berdua ni.. dan automatik saya melantik beliau berdua menjadi ajk surau.. setahun berlalu.. selepas masing2 dapat asrama baru.. semua terpisah ke surau2 lain.. salah seorang daripada adik ni telah berubah 100 peratus... alhamdulillah.. dah memakai tudung besar baju kurung.. yang paling salute lagi.. dalam kelas dia..hanya dia seorang je yang bertudung labuh.. kawannya yang sorang lagi still berpakaian macam biasa.. dia sering mesej shbt2 surau.. minta doakan istiqamahnya.. begitulah dakwah dan hidayah.. kita hanya berusaha menjadi contoh teladan.. sedangkan Allah memelihara hatinya..
Ramadhan yang indah
alhamdulillah.. dikurniakan teman yang baik.. cuma garang je sokmo. moga kelebihannya boleh menampung kekurangan diri ini dan manakala segala kelemahan dijadikan penawar untuk berusaha menjadi lebih baik.. "ngade teh" :) .. Ramai nyer sahabat2 berwalimah selepas raya.. cemburu menyusun jadual..hee.. full pulak tu.. moga ada kesempatan menghadiri semua jemputan.
raya ke2 : u.muiz akad nikah.
raya ke3 : ustzh hasrazini dan ust amar (ubm)
ustzh hamidah n ust syed amni (ubm)
raya ke4 walimah dirumah zaujah us.muiz (ubm)
ustzh aini khadijah dan us amir (ubm)
zahidah dan riduan (clasmate)
zakiah dan pasngan (clasmate)
raya ke 5 ustzh ummu dan ust firdaus (ubm)
barakallahulakuma wajam'u bainakuma filkhair.. semoga semua selamat dan dipermudahkan urusan.. mabruk alaikum..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan