Salam,alaik.. ^^
Alhamdulillah. Benarlah..tiap-tiap manusia itu ada pasangannya. Bertuah dan indah kita kita boleh bersahabat dan menghulur salam kemesraan serta senyuman. Aku tidak mampu mengucapkan "ana sayang enti" "maafkan ana" dan pelbagai lagi ucapan hikmah daripada sahabat-sahabat yang ringannya menyebut keindahan ini. Inilah kekurangan yang disempurnakan oleh orang lain yakni sahabat.
Dan (Dia lah) yang mempersatukan di antara hati mereka (orang beriman itu). walaupun engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga mempersatukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. AL ANFAL 63
Hak Sahabat...
Ada sesetengah daripada sahabat, dia cukup mendoakan sahabatnya, ada yang sering tunjukkan melalui perbuatan dan percakapan tanda kasih sayangnya. Kita apabila bersahabat kenalah kreatif dan membuat sesuatu kenangan. Doa tu kan pengikat hati..penyejuk jiwa, namun perlukan sesuatu memori tercipta. contohnya, bila BESTDAY sahabat : raikan dengan sepotong kek pon dah cukup, "kenakan" dia dengan situasi gimik pon dah cukup indah baginya. bila WALIMAH: "datang beramai-ramai, konvoi... deal ngan sahabat lain ajak sekali" jangan kita melepaskan diri kita sahaja untuk tunai hak sedangkan hak sahabat itu adakalanya kita perlu tunai bersama-sama. Ada juga bersungguh nak pergi sebab sahabat baiknya kalau orang lain jemput lebih aulakan perkara lain sedangkan wajib hadir bila ada jemputan. susahnya kita bila bersahabat tetapi tidak ada HAK. Bila SAKIT "usaha untuk ziarah walaupun sekejap, kerana hadirnya diri kita membuatkan dirinya menjadi kuat dan semangat" bukan sekadar lafaz tersimpan bersembang dan nasihat je lebih. kita ada hak untuk ditunaikan. bila ZIARAH "Singgah rumah sahabat biarpon kebetulan, cari ruang dan jalan walaupun jauh sikit laluannya supaya perjalanan kita bukan sekadar balik kampung tetapi ada hak bersahabat perlu dilakukan. kita berkawan..tetapi hanya pada urusan-urusan belajar dan personal. urusan perhubungan diluar kita abaikan. banyak perkara kita semua terlepas pandang kerana sibuk sangat kita bercakap dari buat pelaksaan hak bersahabat. Susahkan? bila kita rasa ringan je bersahabat
"Perbuatan kebaikan mampu mencegah dari kemalangan, malapetaka dan kecacatan". (Riwayat At Tabrani, Al Hakim dll).
Jika kita rasa resah dan gelisah, banyakkan bersedekah untuk bersihkan jiwa dan hati. Moga-moga apa yang kita buat didoakan para malaikat dan orang-orang yang soleh. Bagaimana kebaikan boleh tercipta? iaitu dengan kekuatan iman. Jika iman lemah, amal yang dilakukan pon lemah. tertarik dengan apa yang ustaz Zaharuddin kongsikan
Berkahwin bukanlah ubat kuat untuk mengelak maksiat kemaluan seperti zina, ia hanyalah satu bentuk penyempurnaan tuntutan fitrah. NAMUN apabila fitrah sudah dicemari oleh NAFSU, kahwin TIDAK mampu mencegah maksiat, hatta berkahwin empat sekalipun. Yang mampu mencegah zina adalah IMAN DI HATI dan FIKIRAN. Jika itu dicapai, tanpa berkahwin, seseorang itu MAMPU jauhi maksiat. Puasa mampu mencegah maksiat bukan kerana tidak makan minum, NAMUN kerana keimanan seseorang itu bertambah, lalu kuatlah taqwa & fikiran akhiratnya.
Berkahwin bukanlah ubat kuat untuk mengelak maksiat kemaluan seperti zina, ia hanyalah satu bentuk penyempurnaan tuntutan fitrah. NAMUN apabila fitrah sudah dicemari oleh NAFSU, kahwin TIDAK mampu mencegah maksiat, hatta berkahwin empat sekalipun. Yang mampu mencegah zina adalah IMAN DI HATI dan FIKIRAN. Jika itu dicapai, tanpa berkahwin, seseorang itu MAMPU jauhi maksiat. Puasa mampu mencegah maksiat bukan kerana tidak makan minum, NAMUN kerana keimanan seseorang itu bertambah, lalu kuatlah taqwa & fikiran akhiratnya.
Allahurabbi ^^ ..senyumlah wahai hati.. Allah sayang dan prihatin akan hambaNYA yang berusaha mencari jalan yang terbaik untuk kehidupannya. Kehidupan yang dirancang untuk keberkatan dan perjuangan.
"Kadang - kadang Allah tidak memberikan
apa yang kita mahu. Bukan kerana kita tidak berhak untuk perkara tersebut.
tetapi kerana Allah tahu, kita berhak
lebih baik daripada itu"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan