1 Apr 2012

#muhasabah#

#muhasabah#

tak perlu berharta untuk menggembirakan orang lain

membayar kafarah dosa dengan bersedekah~~amalkan~~moga sakit itu indah~~

1 ulasan:

tajnur berkata...

Assalamualaikum wbt
Sekadar muzakarah saja.
Dalam keadaan adanya Daulah/Negara Islam, memang sangat digalakkan kita bersedekah kerana diantara kebaikannya Allah SWT akan menghapuskan dosa2 kita! Surah AlBaqarah:271 Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik) dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu.
Tetapi dalam keadaan tiadanya Daulah Islamiyyah, suatu perkara yang kita perlu ambil kira adalah hubungan persaudaraan atas kalimah Allah SWT. Bukan semua mrk yang bernama Islam mahukan Islam. Hatta bukan juga atas darah keturunan. Ikatan yang bukan dari segi nama atau retorik semata2. Bunyinya mmg agak kasar tetapi atas dasar perintah Allah SWT. Surah AnNisa:1 وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَ‌ۚ Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat;
Apabila kita menyebut tentang manusia, memanglah kita bersifat kasihan tetapi apabila menyentuh tentang kemanusiaan, ia ada menyentuh hubungan dgn Allah SWT. Kalau seseorang itu tidak menyokong agama Allah dan menolong dirinya bagaimanalah kita dapat menolongnya? Dia pun tak kasihan ttg dirinya. Soal kasihan adalah satu persoalan yang lain kerana kita hanya menurut perintah Allah SWT.
Perkataan ` وَٱلۡأَرۡحَامَ` bermaksud yang mempunyai hubungan dengan Allah SWT atas dasar kalimah yang benar2 mahu menegakkan Islam. Ikatan persaudaraan yang tidak akan putus selagi berpegang-teguh pada tali Allah. Surah AlBaqarah:256 وَيُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَا‌ۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ Dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Pernah Nabi Nuh a.s. memohon kepada Allah SWT supaya menyelamatkan anak dan isterinya dari nahas banjir dunia. Namun ditempelak oleh Allah SWT bahawa mereka bukanlah keluarganya w/pun ternyata dari hubungan darah. Surah Hud:46 قَالَ يَـٰنُوحُ إِنَّهُ ۥ لَيۡسَ مِنۡ أَهۡلِكَ‌ۖ إِنَّهُ ۥ عَمَلٌ غَيۡرُ صَـٰلِحٍ۬‌ۖ Allah berfirman: Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana dia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh.
Tidakkah Allah SWT ada juga pernah berfirman,` Surah AnNisa`:5 وَلَا تُؤۡتُواْ ٱلسُّفَهَآءَ أَمۡوَٲلَكُمُ ٱلَّتِى جَعَلَ ٱللَّهُ لَكُمۡ قِيَـٰمً۬ا Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu.
Inilah yang merupakan istidlal dalam Usul AlFiqh mengenai bab sedekah yang menjadi pakai pada para khalifah. Wallahualam.