blog saya sudah tidak selamat lagi..hehe.. ada peminat yang ramai memerhati.. ada "cun" la ckit kiranya disini..dalam keresahan hati..saya masih bleh post kisah jiwang kat bawah nih.. baca..baca..jangan tak baca n then jangan komen ..ape2 pon jangan komen..simpan dalam hati..minta maaf ngan saya masa raya 6ti..oke..
"mohon doa..ketiga-tiga anak saya yang sedang dirawat dihospital..berat ujianMU tuhan"T_T
*******************************************************************************
"bila pasrah..segalanya berbalas"
Berdiri dalam kegelapan malam. Hujan masih lebat diluar sana. Jam menunjukkan 4.00 pagi. Takbir diangkat. Solat sunat taubat mengiringi tahajud pada malam tersebut. Hannan Khairunnisa, sangat sederhana orangnya. Seperti remaja lainnya. Hidup penuh warna warni. Kisah cinta,kisah universiti dan akhirnya bagaimana tergolongnya sebahagian keluarga dakwah.
“ ya ALLAH..kuatkanlah hambaMU ini.aku lemah ya ALLAH..” esakan makin laju. Roommate sudah lama pulang.minggu study week dimanfaat sepenuhnya di kampus. Sebulan lagi akan berakhirlah pengajiannya. Dalam sujudnya masih mengadu sepenuh pengharapan atas segala yang berlaku. Dia bersyukur ALLAH memberi kebaikan yang terlalu banyak untuk dirinya. Terasa tidak layak dengan segala pemberian tuhan kepadanya. Terimbau kisah melakar cinta dakwah dalam hidupnya…..
“abah..umi kat kelas ni..abah doakan umi ye” Hannan mencari semangat. Zaman kampus terlalu indah baginya. Beberapa saat kemudian. Sampai mesej dari kekasih hatinya. Anas Malik
“ya..umi jaga diri baik2..abah rindu umi “ berbunga-bunga hati Hannan menatap mesej tersebut. Perkenalan bermula melalui sepupu Anas yang sama kuliah dengan Hannan iaitu Mahirah. Usia Hannan berada dalam tahap remaja bahagia. 19 tahun mungkin terlalu muda tetapi inilah bahagia yang dicari. Usia Anas pula sudah menjangkau 25 tahun. Cukup sempurna pada pandangan Hannan. Sambil menanti pensyarah masuk. Rancak Hannan bermesej kebahagiaan.
“wekks..nak muntah aku..koya betul la mu ni..baru couple, dah ber abah umi.. adeii.. rasa nak tercabut usus aku ni” tetiba Mahirah menyapa.kasar! mungkin terlalu meluat terlihat mesej tersebut.terus mengambil tempat disebelah Hannan. Bangga juga usahanya menjadi. Bosan dengan permintaan abang sepupunya yang terlihat gambar Hannan dilaptopnya.
“eleyh..ko jeles la tu.. ko pon ape kurangnya.. papa ..mama.. lagi nak rasa gugur hempedu ni dengar.” Mereka ketawa bersama. Saat yang cukup bahagia.
Mesej diterima lagi. Sangkanya dari Anas, tetapi meleset.. terus senyumannya mati.
“salam,ukhti..maaf akak mengganggu. Petang ni akak nak jumpa adik.bleh? dah 3 minggu rasanya akak tak jumpa adik.rindu rasanya. Sahabat-sahabat lain pun rindu kat Hannan.”
“eh..kenape muke ko ni..lembu pon tak lalu nak makan rumput..kambing pun nak muntah tengok ko? Anas ceraikan ko ke? “ Mahirah cuba mencuit hati. Namun Hannan terus diam..tersenyum tawar. Kedatangan pensyarah menyelamatkan keadaan. Hannan hilang fokus. Ingatannya kembali pada sebuah pertemuan bersama kak Sayyidah. Pertama kali dalam sejarah hidupnya. Kaki dijejak disurau kampus. Selama setahun belajar disini. Tahun kedua ni baru berjinak-jinak. Ini pun kerana cuba berlagak matang. Bersama Anas, hidupnya terlalu bahagia. Perkhawinan turut dijanjikan Anas pada semester keempat. Tambahan pula Hannan mengambil jurusan pengajian islam. Lebih-lebih lagi banyak nasihat daripada Ustaz dan Ustazah menasihati mereka berkait dengan soal couple. Haram!!haram!!haram!! tersentuh juga hati kecilnya. Dari situ timbul sedikit keinginan untuk turun berjemaah disurau. Nak jadi isteri mithali..nak bimbing Anas. Kekadang, Hannan sering berjumpa dengan Anas paling kurang 2 bulan sekali. Jarak yang jauh mengumpulkan rindu memenuhi ruang hati. Kekadang terbabas juga.. sentuh-sentuh ringan.. bila Hannan cuba mengelak..
“kan umi milik abah juga nanti..” sangat romantis.. namun termampu Hannan jaga. Berusaha dia mengelak.
“ Assalamualaikum.. adik duk blok mana? “ seusai solat.. setelah bersalaman dengan jemaah sebelah.seorang kakak menyapanya. Setelah bertaaruf ringkas. Sejuk hatinya melihat keramahan dan kejernihan kakak tersebut. Kak Sayyidah. Tahun akhir sudah. Rancak juga dia bertanya tentang kehidupan Hannan. Selesa dengan keadaan tersebut. Hannan bertukar no.telefon. sejak dari itu. Banyak mesej kata-kata nasihat menyapa ruang hidup Hannan. Kasih terhadap Anas masih utuh, biarpun dirinya menjadi lebih baik. Setiap minggu, kak Sayyidah akan mengajak buat perbincangan isu-isu semasa bersama teman-teman yang berjemaah disurau selepas solat magrib sebagai pengisian jika tiada tazkirah daripada penceramah. Alangkah indahnya hidup dirasakan bersama golongan soleh solehah.
“ wah..kau jadi malaikat sekarang ye han..” pernah Mahirah menyindir apabila dia menolak ajakan Mahirah untuk ke kedai pada waktu magrib. Hubungan mereka sedikit renggang. Bukan niat,tetapi Hannan ingin menjadi seorang yang baik.
“abah..dah nak masuk sem empat ni..abah kata nak kawin masa ni.” Perbualan telefon yang menjadi kebiasaan setiap hujung minggu.kekadang Hannan yang banyak menelefon.desakannya kerna nasihat-nasihat dari penceramah yang tazkirah kat surau. “ baik kawin la dari duk maksiat.kawin ni mudah je..buat jela jamuan cekodok ngan air tea..tak pon tumpang kat majlis-majlis ceramah besar-besaran kat surau tu” ketawa satu surau.gelagat penceramah amat menyenangkan. “dosa ni jangan dibuat remeh.hitamnya hati sebab masalah- masalah hati ni la. Bermesej.berdating.bersayang abang.pa..ma..abah..umi..kalah aku yang dah kawin ni. “ disambut gelak hadirin jemaah.”Sebab tu doa kita tak makbul..Allah tu jauh dari hati kita “ terusik jiwa Hannan
“sabarlah umi..abah pun tengah kerja ni..kumpul duit.sayang..kita jumpa bulan depan..abah rindu kat umi..” hati Hannan jadi tawar. Kebetulan kak Sayyidah mengajak menyertai kem kepimpinan sekolah sebagai fasilitator.
“umi ada kerja lah..tak bleyh nak jumpa”
“umi macam nak mengelak ngan abah je..dah sebulan lebih kita tak jumpa..ke umi dah jumpa pengganti yang lebih baik dari abah? “ bertalu pertanyaan. Hannan kecewa dengan sikap Anas yang meragui kesetiaannya. Telefon dimatikan.. no. Kak Sayyidah di dail
“akak..Hannan sedih sangat..akak..nasihatkan Hannan” tangisan Hannan mula kedengaran. Setelah mendengar cerita Hannan. Sayyidah membuka minda Hannan.
“ Hannan..wanita yang baik..untuk lelaki yang baik. Jodoh adalah rahsia Allah..kita tak tahu, pasangan kita agung2kan..adakah jodoh kita sebenarnya. Lelaki yang baik. Dia akan jaga kehormatan kita. Setelah bernikah. Barulah kita jadi milik dia sepenuhnya.” Pelbagai lagi nasihat yang diberikan. Hannan lega. Dia mendapat kekuatan. Azamnya esok nak putuskan hubungan dengan Anas.
“umi..baiklah..iAllah..abah akan hantar pinangan..nanti abah minta mak abah telefon mak umi ye” menangis Hannan.. mesej yang dibacanya setelah solat subuh. Hatinya riang. Nasihat Sayyidah sudah hilang. Inilah yang dinanti..mungkin terlalu muda. Namun dia sudah bersedia. Daripada buat banyak maksiat.fikirnya.. Cuma yang jadi masalahnya. Ibu Hannan tidak membenarkannya lagi kerna terlalu muda,belajar belum tamat lagi.baru zaman diploma ni. kegelisahan menyapa. Namun Anas sedia untuk bersemuka dengan keluarga.Mahirah turut gembira apabila dikhabarkan..
“hampir histeria aku..tak sangka la ko..bila la papa aku tu plak nak ajak aku ni” rungut Mahirah. Mereka ketawa. Sepanjang minggu tersebut. Mesej dari Sayyidah sudah di abaikan. Surau pon jarang disinggahi. Bersama Mahirah cukup Hannan merasai bahagia miliknya. Persiapan barang, kononnya untuk hantaran sudah disenaraikan. Duit PTPTN yang diperolehi memang sengaja disimpan untuk barang-barang tersebut.
“wei..ko termenung ape nih..salin la nota kat depan tu..” Hannan tersentak. Tersenyum dengan gelagat Mahirah. Pensyarah meneruskan pengajiannya. Hannan cukup bahagia saat ini. Mesej Sayyidah dilupakan.
“Hannan..saya tak sangka,keluarga awak memalukan keluarga saya. Saya minta cara baik. Tapi ibu awak memalukan saya.” Hannan kaku membaca mesej tersebut. Terus ditelefon Anas. Namun tidak dijawab. Setelah itu panggilan daripada ibunya. Perlahan-lahan Hannan menekan butang accept “Hannan..kenapa ni.tak bincang dengan ibu dulu..Hannan muda lagi..lagipun keluarga kita bukan orang senang. Lagipon ibu dah bagitahu kat mak Anas tunggu Hannan abis belajar dulu.. bukan lama pun.setahun je lagi kan” Hannan menahan tangis. Sekadar mendengar nasihat ibunya. Berkali-kali ditelefon Anas.. Tak diangkat.
“ibu saya minta kita putuskan. Ibu malu sebab kuarga awak buat begitu “ mesej terakhir daripada Anas. Tangisan demi tangisan. Pelajarannya terganggu. 2 hari tidak datang kelas. Kedatangan Sayyidah menziarahinya membuatnya malu dengan sendiri. Mungkin Mahirah ada menceritakan keadaannya. Hannan salahkan ibunya atas apa yang berlaku.
“dik..sabar..ibu mengandungkan kita..membesarkan kita selama 19 tahun tetapi tergamak kita salahkan ibu kerana lelaki yang kenal hanya selama setahun. InsyaAllah..ada hikmahnya dik “ kata2 Sayyidah menusuk hatinya. Seminggu berlalu. Semangat Hannan kian pulih. Aktiviti bersama Sayyidah diteruskan. Hidupnya terasa bahagia.sangat bahagia dengan biah solehah. Sedikit sebanyak, mindanya terbuka dengan apa yang berlaku. Rasa menyesal kerana terlibat dengan cinta. Hubungan dengan ibu lebih akrab.
Program kem motivasi bersama Sayyidah berlangsung. Setelah taklimat program, Hannan memegang unit kebajikan. Berkerjasama dengan seorang lelaki dari kampus juga yang jarang dilihat.
“ukhti.. boleh bagi first aid.ada peserta sakit kaki” kedatangan Fudhail mencelah perbualan Hannan dengan beberapa peserta. Lelaki tersebut memandang ke sebelah.langsung tidak melihat Hannan.
“eh..cakap dengan saya ke ni?” Hannan menyapa dan mencari anak mata lelaki tersebut.
“ye ukhti..boleh bagi first aid? “ sekali lagi diulang.ayat tegas. Hannan terus memberikannya. Pelik. Menyampah pun ade. Kenapa semacam je mamak ni..bisik Hannan dalam hati. Ini pertama kali dia bekerja dengan lelaki sebegini..bukan lelaki yang biasa dia bekerja dalam persatuan.. Dan lebih disenangi dalam perbualan bersama Sayyidah dan sahabat-sahabatnya ialah muslimin dan muslimat. Tetiba Hannan malu sendiri. Dia merasa segan. Solehnya muslimin tu.. detik hatinya nakal.
Kuliah maghrib biasanya disampaikan oleh penceramah daripada luar yang dijemput khas. Oleh kerana ada masalah teknikal.kereta penceramah tersebut pancit dalam perjalanan. Diganti oleh urusetia. Mata Hannan terpaku apabila Fudhail mengambil tempat dihadapan. Selama 2 hari program berlangsung tidak pernah melihat muslimin tersebut berbicara dengan muslimat lain kecuali dengannya itu, pun atas urusan kerja.
“Apa khabar adik-adik? Sihat? “ seraya Fudhail melemparkan senyuman kepada peserta dari sekolah menengah tersebut. Yang bakal menjadi pengawas sekolah.
“hesyemnye abang ni..ya Allah.. muka macam Ashyraf Muslim..” bisik peserta perempuan. Tersenyum Hannan melihat keletah peserta yang berbisik sesama sendiri. Hannan turut membenarkan dalam hati. Sepanjang kuliah maghrib. Sangat menghiburkan. Senyuman yang tidak lekang. Gaya penyampaian yang mantop. “ensem..banyak ilmu..bagus..” hati Hannan berbisik.. Astagfirullah. Cepat-cepat beristigfar.
“salam.ukhti. ana nak minta laporan. Berapa orang peserta yang sakit? wslm“ setelah berakhirnya pogram ni. Mesej daripada Fudhail mengetarkan jiwanya.
“2 sakit kaki, 3 orang demam.. 4 sakit perut sebab cirit birit “Hannan akui..mencabar betul memegang unit ni. Setiap masa berlari dengan first aid. Sampaikan pengarah program akhi Fairuz memanggilnya “kak first aid”. Sepanjang program semua peserta memanggilnya kak first aid. Asalnya marah juga, lama-lama seronok, merapatkan hubungan sesama fasilitator dan peserta.
“kak first aid.. ana minta maaf ye sepanjang program,jika ada kekurangan. Yang lebih tu milik Allah. WAllahualam.” Tergamam Hannan membaca mesej tersebut. Pandai jugak ye bergurau. Ingatkan hati batu.
“eh..xde slm wslm kali ni akhi? J ..ana pon minta maaf sama” langsung tak dibalasnya mesej. Gelihati Hannan dibuatnya. Hatinya sedikit terusik.bahagia.
“ Akhi Fudhail ni glamour dikalangan muslimat dengan gelaran ust salam wassalam..” pernah ditanya pada Sayyidah.tergelak kecil Hannan dibuatnya. Kenapa panggilan tersebut sangat glamour. “Setiap kali Fudhail ni mesej dengan mana-mana muslimat. Cepat je dia dia wslm. Soalan tak dan nak jawab lagi..” Hannan akui. Sepanjang mesej semasa program. Sakit jiwa juga dia dibuatnya. “salam.nak first aid.wslm” “salam. Sape nakpi hospital.wslm” “slm.ubat mane dah habis.?wslm” Selesai program yang sangat mendidik jiwa. Hannan berubah menjadi ke arah lebih baik. Kenangan silam dilupakan.
Semester lima menyapa. Permulaan kuliah memberi semangat baru. Semester ni memerlukan kekuatan menyiapkan tesis bagi syarat mendapatkan diploma. Fikiran Hannan terganggu. Akhir-akhir ini, kerap kali bertembung dengan Fudhail. Dugaan apa ni ya ALLAH. Tidak pula Fudhail memandang atau terpandangnya. Hanya dia aje yang sering terpandang. Berbunga-bunga juga hatinya.
Fudhail sekelas dengan Sayyidah. Pernah juga dirisik-risiknya tentang Fudhail. Ternyata, Sayyidah agak mengetahui latar belakang keluarga Fudhail. Anak bongsu dari keluarga yang besar. 11 orang adik beradik. “ kenapa Hannan? Ade sesuatu nak kongsi dengan akak? “ Hannan menggeleng kepala, dia terlalu segan. Dia tak berani nak sampaikan hajat pada Sayyidah. Sayyidah tidak memaksa.
*********
Sayyidah menghela nafas. Cincin ditangannya ditatap. Ikatan pertunangan setelah berakhir semester lima, kini semester akhir banyak menyesakkan hidupnya. Lamaran Fudhail bin iyard kepadanya seawal semester tiga melalui seorang Ustaz yang merupakan pensyarah yang sangat disenangi pelajar. Ustaz Hasan.
“Enti..keluarga enti macamna? Bersedia ke kalu ada yang melamar anaknya ..sekadar mengikat. Lepas habis belajar..insyaAllah. disegerakan walimahnya.” Ustaz Hasan menanya. Merah padam muka Sayyidah. Setelah sebulan lamanya jawapan diberikan setelah keluarganya turut merestui dengan syarat keluarga si lelaki berjumpa dan bertaaruf dengan keluarganya dahulu. Tanpa mengetahui siapa yang melamarnya. Yakin dengan aturan Ustaz dan pilihan dari ALLAH.
Ustaz hasan tersenyum mendengarkan jawapan. Sayyidah pelajar yang baik. Dan dia sangat sukacita apabila Fudhail meminta pertolongannya untuk melamar. Fudhail pon pelajar yang sangat bagus.
“ sekejap lagi. Tuan badan akan datang..bertaaruf la nanti ye..ustaz dah maklumkan.”
“Apa?,,apa ustaz?” tergagap-gagap Hannan tak sempat Ustaz Hasan meneruskan bicara. Bunyi ketukan pintu.
“salam ustaz.boleh ana masuk?” terpaku Fudhail merah mukanya. Sangkanya ustaz memanggilnya keseorangan. Masing-masing terdiam. Setelah lama, Ustaz Hasan memberi sedikit peringatan dan mereka berjanji untuk menjaga ikhtilat dan tidak berhubung kecuali menerusi keluarga. Seminggu selepas tu Fudhail menghantar rombongan merisik. Hanya mereka berdua serta Ustaz Hasan yang tahu hubungan ini.
Solat dhuha tika ini meredhakan perasaan Sayyidah. Perasaannya serba salah. Dia tahu, Hannan sangat meminati Fudhail. Lihat dari kem hari lagi. Semua sudah jelas. Perlukah dia buat pengorbanan ini. Perlahan-lahan mesej ditaipnya..
“salam. Ana mengambil ukhwah sebagai kekuatan hidup ana selepas Allah,rasul dan keluarga. Seorang sahabat ana yang baru bersama kita dalam medan dakwah,cukup lemah untuk melalui segala masalah perihal hati. Ana mohon ust pertimbangkan.. mungkin ust dapat meyelamatkannya. Bukankah sebaik2 lelaki berbuat baik kepada wanita” nama Fudhail iyard dicari..dan dihantar.. itulah kali pertama dia mesej Fudhail. Hatinya tetiba pedih. Mata mengalir air mata.
“iAllah,ana pertimbangkan.wslm” terus Sayyidah sujud. Basah baju solatnya. Samada dia menyesal dengan melepaskan kurniaan lelaki yang baik. Terlalu soleh .teringat kata kawan- kawan kelasnya.”malaikat lalu” apabila Fudhail melalui kawasan mereka dengan menundukkan pandangannya. sangat respect pada Fudhail atau bahagia kerna mampu memberi kepada Hannan dan pengorbanan ini sebagai tanda ukhwah. Hatinya terus mengadu pada ALLAH.
*****
Mata Fudhail terbuka..mimpinya begitu tersirat “ dia menghulurkan Alquran kepada dua wanita Dan seorang telah menyambutnya dan seorang lagi sekadar melihat sambil tersenyum. Bercahaya. .dia mengenali kedua-dua wanita tersebut. Fudhail istighfar beberapa kali. Selesai berwuduk. Solat sunat taubat. Solat hajat dan terakhir. Istikharah dilakukan. Teringat pesan ibunya, “istikharah bukan nak pilih jodoh n waktu tertentu je..tetapi hari-hari sebab setiap keputusan dalam hidup adalah penting” . Fudhail zikir munajat.. teringat dia akan munajat Ibnu Atoilah.
Tuhanku.. Alangkah Besar.. Lunakmu Terhadap Diriku..
Padahal Sangat Dunguku.. Dan Alangkah Besarnya Rahmatmu..
Pada Diriku.. Disamping Sangat Buruk Perbuatanku.
Tuhanku.. Alangkah Dekatmu Daripadaku.. Dan Alangkah Jauhku Daripadamu.
Tuhanku... Inilah Kehinaan Nyata.. Di Hadapanmu.. Dan Inilah Keadaanku..
Tidak Tersembunyi Daripadamu. Daripadamu Aku Mohon.. Supaya Dapat Sampai Kepadamu..
Dan Dengan Engkau.. Aku Mencari Hidayat.. Dengan Nur Cahayamu Untuk Sampai Kepadamu..
Dan Tegakkanlah Aku Dalam Kesungguhan.. Pengabdianku Di Hadapanmu..
Lantas dia menangis.. kerdilnya dirasakan. Sedikit kecewa sebenarnya mendapat mesej dari muslimah yang pernah hadir membawa senaskah Alquran untuknya dalam mimpinya suatu ketika. Yakin dengan pilihan tersebut. Lantas berjumpa dengan Ustaz Hasan. Tambahan menyakinkan taksir dari Ustaz Hasan. Itu adalah pilihan dari ALLAH. Kini muslimat tersebut membuat permintaan. Wajarkah sebegini berlaku. Teringat pertemuan bersama akhi Fairuz selepas solat isyak semalam.
“Akhi..enta tau kan.hidayah tu daripada Allah. Bukan sebab Ustazah Sayyidah.. bukan sebab enta.. kalau enta kawin sekalipon dengan muslimat tersebut..belum tentu syeikh.. “Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56 ana rasa mungkin Ukhti Sayyidah keliru antara kesian dan dakwah.rujuklah yang lebih ariff.” Sahabatnya itu terlalu memahami gelodak jiwa. Selepas berjumpa dengan Ustaz Hasan. Meminta pendapat dan jiwanya berasa tenang. Mungkin inilah yang perlu dilakukan.
******
Hannan solat hajat n istikharah setiap malam. Gusarnya hati memikirkan,petunjuk yang diminta masih tidak dapat. Teringat kata-kata seorang Ustazah” jangan ingat hati kita bersih sangat bila nak istikharah..nak dapat tengok calonnya” kata-kata Ustazah disambut gelak tawa kawan sekelasnya apabila seorang kawan kelasnya faqehuddin meminta cara-cara nak kenal jodoh kita dalam istikharah. Hatinya mengeluh. Ditatap Al-quran dan surah Al -baqarah. Airmatanya mengalir. “yang kamu suka tidak semestinya baik untuk kamu” . dia terlalu memaksa ALLAH memberi apa yang dia mahu. Setiap kali doa “rabbana hablana..” kat akhirnya pasti akan menyebut. Kurniakanlah ya Allah.. Fudhail bin iyard sebagai pembimbingku..
Kak Sayyidah dikunjungi. Agak lama tidak bersua. diceritakan segala keluh resahnya.. yang membuatkan hati Hannan cukup hormati seniurnya itu. Tidak pernah sekalipun mengelak atau tiada masa untuk bersua dengannya.
“insyaAllah dik..doa banyak2..Allah akan makbulkan. Jodoh kan rahsia ALLAH.. kita harus mengharap dengan penuh keikhlasan.” Hannan tersenyum.
“Eh..cincin ni jarang nampak pakai..ha..akak dah ada yang punya ye..” usik Hannan. Teringat dia kata-kata seorang kakak masa kem hari tu. Yang pakai cincin tu semua dah berpunya.
“ish..hati ini milik Allah” Sayyidah menyembunyikan gelora hatinya. Tersenyum
“akak ni nak berahsia lagi ye dengan saya” cuba lagi untuk mengorek rahsia. Rancak juga mereka berbual perihal jodoh. Saat itu Hannan tidak menyebut langsung nama Fudhail. Merasakan jodoh terlalu tersirat untuk dibicarakan.
“ akak. Jujur saya katakan, asalnya saya minat kat akhi Fudhail tetapi selepas berbicara dengan akak. Saya dah kuburkan semua tu. Saya nak kejar cinta ALLAH dan Rasul. “ kata-kata Hannan menyebabkan Sayyidah mengalir air mata. Cuba mengukir senyuman.
“akak hadiahkan buku ni ..moga Hannan sentiasa dalam lindungan ALLAH” Hannan melihat “pemilik cintaku setelah Allah dan rasul..fatimah syarha” macam menarik. Masih berbalut sempurna“syukran kak”.
Sayyidah terus menunaikan solat hajat dua rakaat setelah pemergiaan Hannan. Hatinya gelisah, mengharapkan hanya Allah sebaik-baik tempat mengadu. Dua minggu lepas, Ustaz Hasan memanggilnya. Banyak nasihat telah diberikan, ada sama waktu tersebut, Fudhail.dia tidak mampu berkata-kata. Baginya keputusannya tetap memilih Sayyidah. Akhirnya cadangan Ustaz supaya segerakan walimah. Keluarga pon sudah bersetuju. Sudah tahun akhir dan tidak ada masalah. Sayyidah terdiam. Perasaannya masih bercampu baur
*****
Sampai dibilik, berbunyi mesej berpanjangan. Hannan terlupa untuk membawa telefon ketika menziarahi bilik Sayyidah. “eh..banyaknya call..12” matanya terpaku pada nombor yang masih menjadi memori .
“umi..abah rindu umi.. abah minta maaf”
“umi..kita kawin mi..”
Umi..abah rela..abah sanggup lakukan apa saja” ..hampir 15 mesej rayuan. Hati Hannan menjadi tawar. Meluat pon ada.. “abah..umi..” eiii.. geli.
Buku yang Sayyidah bagi dibuka.tidak sabar. Sekeping kad jatuh dari celahan..buku tersebut..
“Jemputan Walimah.. Sayyidah Khalisah Bin Khalish dengan Pasangannya Khairul Fudhail Bin Iyard..pada..ha..minggu depan?” terduduk Hannan menatapi kad jemputan itu. Terimbau kata2nya sebentar tadi“
“ Akak. Jujur saya katakan, asalnya saya minat kat akhi Fudhail tetapi selepas berbicara dengan akak. Saya dah kuburkan semua tu. Saya nak kejar cinta ALLAH dan rasul.” Benarkah apa yang diucapkan. Kenapa hatinya sebak. Terasa tertipu segala kebaikan Sayyidah. Segala berkait dengan Fudhail diceritakan. Buku pemberian Sayyidah dilemparkan ke dinding. Hilang kawalannya.. tangisan menjadi-jadi..
Deringan telefon memanggil ..tertera nama “Anas..” telefon diangkat..agak lama berbual dengan Anas. Dalam esakannya. Tidak pula diceritakan apa yang berlaku..mendengar suara Anas menjadikannya lebih sesak nafas.rayuan Anas kedengaran.mungkin pada pandangan Anas, Hannan menangis sebabnya. Mata Hannan terpaku pada buku tersebut. “pemilik cintaku setelah Allah dan rasul” perlahan-lahan buku yang hampir terkoyak itu dibelek. Serta merta tangannya meletakkan dan men”off” kan telefon.
****
“Aku terima nikahnya Sayyidah Khalisah binti Khalish..dengan mas kawin 4o ringgit tunai” hanya sekali lafaz. Selamat diijab kabulkan. Sayyidah menangis kerana Hannan tidak hadir puas dia menunggu. Semenjak daripada pemberian buku tersebut beserta kad walimah, Hannan sudah tidak menghubunginya. Kawan-kawan kelasnya juga terkejut, Macam mana duduk satu kelas tetapi langsung tak boleh nak duga.masing-masing masih mengusik mereka berdua
“mesti Sayyidah berkenaan dengan salam wasalam ko..betul tak?” berderai gelak tawa Fudhail dikenakan kawan-kawannya yang nakal
“Lis..tengok siapa yang hadir..” bisik Fudhail sewaktu selesai jamuan makan. Hannan datang dengan senyuman. Terus Sayyidah menerpa.
“maaf akak.kereta rosak. Sesat jalan pula tu..Dah telefon, tapi akk tak angkat.lupa pula tengah akad nikah tadi.maaf la ganggu” Terang Hannan. Sayyidah terlalu gembira dengan anugerah tersebut. Dipeluknya Hannan erat.
“akak minta maaf..”
“la..kenapa akak minta maaf..tak buat salah pun.. Ustaz.salam wasaalam, Tahniah Ustaz.. malu ana..zaman nakal.nakal..” Hannan cuba berseloroh.ketawa mereka menceriakan keadaan. Hannan bersyukur.
Kedengaran suara azan menandakan waktu subuh. Hannan beristigfar. Lama dia termenung.. tahun akhir bakal menjelma. Setelah final exam ni tamatlah sudah pengajiannya. Kisah di universiti ni cukup membuatkannya tersenyum. Tangisan dibiarkan mengalir, Nikmat Iman dan Islam yang dirasainya cukup bertuah.mampu dimiliki hingga kini. Buku Pemilik Cintaku Setelah Allah Dan Rasul ditatap lagi. Inilah yang menyedarkannya. Setelah Anas masih lagi menelefon dan bermesej dengannya.
“ salam,awak..saya telah dimiliki..carilah ALLAH dan rasul dalam setiap langkahmu” hanya ini yang dibalas setiap kali Anas masih belum jemu memujuknya. Akhirnya sudah tiada lagi nama Anas Malik dalam diari hidupnya,.
Di surau kampus yang dikenali surau muqarrabin dituruni. Setelah tamatnya Sayyidah belajar. Kegiatan dakwah diteruskan oleh Hannan. Ramai adik-adik yang hampir tercicir dari landasan syariat mampu diletakkan seiring berjuang dengannya, diletakkan Allah dan Rasul dalam setiap cara hidupnya.. Alhamdulillah.Hannan mengucap syukur. . diri ini sudah dimiliki..untuk ALLAH DAN RASUL
*******************
Hannan tergesa-gesa ke bilik Ustaz Hasan selaku musyrif ataupun penyelia tesisnya. Kepelikan terasa apabila jadual perjumpaan penyelia sudah pon berlalu semalam. Belum pun sempat pintu besar ruang pejabat dibuka, akhi Fairuz membuka pintu, senyuman terukir sedikit lantas berlalu pergi. Rasa debaran dihati Hannan melihat akhi Fairuz yang tidak menegurnya seperti selalu seperti di kem lepas. walaupun sudah tamat belajar dan bekerja di pejabat agama negeri, rajin juga datang melawat Ustaz ye..bisik hati Hannan .Tiba dibilik Ustaz Hasan.. Hannan segera mengetuk pintu.
“masuk Hannan” sambil tersenyum melihat kekalutan Hannan. “ada apa ni Ustaz, tesis saya kan dalam proses..”belum sempat dihabiskan ayat.. “kalu iyepun kamu ni, duduklah dulu..” tersenyum Hannan..”iyelah..maaf Ustaz” Hannan membetulkan kedudukannya..Ustaz Hassan memulakan bicara
“Ustaz nak Tanya sesuatu yang peribadi, harap kamu jawab dengan jujur ye” berhati-hati kata-kata dituturkan.Hannan mula gelisah.mata ditunduk melihat meja.sepi seketika..
“Ustaz ni suka sangat kalau anak-anak didik ustaz, hidup bersyariat..baitul muslim dapat ditegakkan. Ustaz nak menyampaikan pesan seorang pahlawan yang ingin menjadikan kamu sebagai srikandinya” tergelak sedikit Hannan dengan ayat yang dituturkan Ustaz. “ adooii..sapelah nak kat saya ni Ustaz..Ustaz pon,janganlah main-main dengan saya” tersengih Ustaz hasan. Kadangkala dia juga tak percaya akan perubahan yang berlaku pada Hannan. Setakat dia mengajar, Hannan paling susah nak dididik namun didepannya sekarang seolah-olah “khairunnisa” sebetul-betulnya. Memang betullah aturan Allah memberinya sebaik-baik lelaki yang pernah dia bertemu. Tawadduk, menjaga adab,akhlak dan ikhtilat. Siapa lagi kalau bukan Fairuz Husaini Abdullah.
“kamu ni pun..Ustaz ni pernah mainkan kamu ke?” “haa..pernah la..hari tu Ustaz kata nak bagi saya anak tok guru pondok biar saya jadi manusia sikit..” gelak panjang Ustaz husaini, dia sendiri sudah lupa ayat-ayat power bila mengajar dalam kelas. Setelah keadaan kembali tenang..
“macam nilah , ada lamaran dari Fairuz husaini Abdullah untuk memperisterikan kamu..” terpana dan terasa pening dan pandangan Hannan terus gelap…Ustaz Hassan terkejut lantas pensyarah perempuan yang ada berdekatan dipanggil.
*****************
“BarakAllahulakuma wajam,u bainakuma filkhair” doa Ustaz hasan setelah bersalaman dengan Fairuz. Hannan menahan malu disebelah. Kejadian dua bulan lepas takkan dilupakan. Terkejut punya pasal dengan lamaran akhi Fairuz sampai pengsan. Manalah disangka orang sehebat itu melamarnya.
“Hannan..Hannan..” sisa gelak masih berbaki dibibir Ustaz hasan. “dah la tu Ustaz, malu saya” ketawa disambung pula oleh suaminya lantas pukulan lembut dibahu diberikan. “itula..kalu saya bagi anak tok guru pondok,rasanya koma kamu seminggu” akhirnya ketawa juga Ustaz hasan. Inilah kejadian pertama yang pernah berlaku dengannya selama dia menolong pelajar melamar seseorang.
“Assalamualaikum..rancak Ustaz ketawa” Fudhail menyapa. Disisinya Sayyidah turut terseyum. Dicapai tangan Hannan untuk disalami. “eh..ahlan sahabat” pelukan Fairuz erat disisi Fudhail. Ustaz Hasan terseyum.”cerita seorang hamba Allah..” “iye? Kongsilah Ustaz, ada ibrah untuk kami ambil nanti” bersungguh Fudhail ingin tahu..”tak adalah Fudhail..Ustaz bahagia je lihat kamu semua ni sudah dipertemukan jodoh yang baik” Hannan tersenyum. Dia berbual dengan Sayyidah didalam meninggalkan kaum adam diruang tamu.
“Alhamdulillah..Allah Maha Adil” Sayyidah menuturkan dengan penuh kesyukuran. Hannan menjadi sebak lantas menangis dibahu temannya itu. Sayyidah tahu apa yang bergolak dihati Hannan. “Alhamdulillah..Allah Maha Agung kak” itu yang diluahkan Hannan.. semua merasa bahagia andai segalanya pasrah dan berusaha dalam kehidupannya. wassalam
6 ulasan:
^^
semoga tabah mengharungi ujian daripada Allah.
Salam Ramadhan dari Naim.
"...n then jangan komen ..ape2 pon jangan komen..simpan dalam hati..minta maaf ngan saya masa raya 6ti..oke.." (ustzh sis al-fateh, 2011)
oke dqna nk lggr pantang larang jugak :)xkre nk komen jgk, xpe nt raya dqna mtk ampun ea :)
subhanallah akk... dqna tsentuh sgt2 akk, bc bnda nih. masyaALlah xtipu, sgt2 tsentuh. lme dqna bc, satu2 ayat, dqna hayati. mmg da agk da y fudhail tu mlik sayyidah. org hebat u org hebat kn. dan dqna ykin, kkcewaan tu sgaja dberi Allah u mjadikn hannan makin hebat dlm mgantungkn cinta dan pharapanY hnya kpd ALlah :)
Allah mmg da tetapkn org sehebat ust fairuz u hannan, maka krn itu, Allah bkehendakkn kkcewaan utkY at the first place. sb Allah Maha Tahu, hannan akn bgkit dr kkecewaan dan jd mujahidah solehah y hebat.
pnuh ibrah subhanallah! ni y bt dqna mkin inspired nih! :) ht nk nanges bc nih. y pntg, kami sume sgt2 syg kn akk kami nih.
org hebat j utk akk kami nih :) kalu pn bkn hebat dpndgn mnusia, msti dy hebat dpndgn ALlah :)
naim :syukran akhi.. :)
deqna..kamu memang... namun saya kangen sama kamu..
Subhanallah...sangat memberikan kesan di hati bagi setiap yang membacanya..insyaAllah..
allahukabar.. moga ulwan sentiasa dalam rahmatnya
Catat Ulasan