16 Ogo 2011

lebih baik ianya tidak pernah hadir -cerpeng


*******************************************************************************
“ustaz..kirim doa” sapa marwa ketika ust rafie melintasi dihadapannya.. “ya rabbi..bertuah anak murid sorang ni..salam tak bagi..main sergah ye” marah yang dibuat-buat. Marwa tersengih. “maaflah ustaz..excited sangat bila ustaz bagitau dalam kelas tadi ustaz nakgi umrah” bersemangat marwa. “iyelah..doakan ustaz..mana doa tu?” seraya ustaz rafaie melihat jam tangannya. Bimbang lewat lagi ke kelas. Marwa ni bukan boleh dibawa bersembang. Maunyer minggu lepas terlepas dua kelas gara-gara marwa ingin meminta pandangannya berkhahwin pada usia muda.
“ni dia ustaz..doa sungguh-sungguh tau ustaz” ustaz rafaie tersenyum dan menyambut huluran kertas kecil daripada marwa. “iyelah..ustaz ada kelas ni..ustaz pergi dulu ye” marwa mengangguk dan menghantar ustaz dengan pandangan mata. Dia laluan Bilik pensayarah yang agak luas itu marwa duduk di kerusi yang disediakan..”harap-harap jadilah..ini yang terakhir..” bisik hatinya. Disebalik keriangan wajahnya..masih belum mampu menyembunyikan beberapa titis airmata.
“ ustaz..doakan jodoh kami..moga berjodoh..hehe.. harap ini betul-betul pilihan ana ustaz.. doakan marwa hasanah bt hassan dengan khusyairi hasan bin Mohd.. haa..nama pon dah Nampak sangat jodohkan ustaz..hehe..rancangnya hujung tahun ni walimah..moga doa ustaz makin menguatkan ikatan yang tidak diikat lagi ni..hehe..moga ustaz mendapat balasan yang lebih baik..marwa”
Ustaz rafaie menggeleng kepala. Tersenyum kasihan pun ada namun jika itu jodoh mereka siapa yang boleh menghalang. Daripada awal semester 3 hingga semester lima, belum pernah sekalipun dia berjumpa dengan nama yang tertera pada surat tersebut. Baguslah jika sudah bekerja dan melibatkan diri dalam amal-amal islami Cuma semangat pada marwa tidak serasi dirasakan pada insan bernama khusyairi hasan. Dingin ruang biliknya.jam menunjukkan 6.00 petang namun mindanya masih belum berhenti berfikir. Buat kali keduanya pergi ke makkah menunaikan haji. Rafaie bersyukur..pada usia 28 tahun sekarang ini, dia diberi kurnia duniawi. Setiap manusia diberi ujian dan bersesuaian dengan taraf iman seseorang. Syafiqah khairani.. isteri yang sudah 3 tahun hidup bersama. Cabaran demi cabaran. Perkhahwinan aturan keluarga.. bukan senang mendidik isteri yang sosial dan suka memberontak. Ketika dikhahwini, syafiqah berumur 17 tahun. Seminggu selepas habis peperiksaan spm manakala dirinya baru pulang daripada mesir. Bukan tiada pilihan di mansura.. akhowat disana lebih meyakinkan untuk bidang dakwah apabila pulang ke Malaysia.. namun aturan orang tua mungkin lebih baik. rafie memejam mata.. teringat peristiwa 5 bulan lepas..
“saya nak awak ceraikan saya..saya taknak anak ni..saya nak hidup bebas..saya taknak terkongkong dalam rumah ni” desak syafiqah.. rafaie menahan ombak didada..lama sudah dia bersabar dengan kerenah syafiqah. Dalam kehidupan rumahtangganya tiada istilah cinta dimata syafiqah. Benci betul melihat rafaie yang semakin hari semakin tiada perasaan menghiasi hatinya. Selama ini syafiqah dipaksa oleh keluarga menerima rafaie padahal dia sudah ada teman lelaki sekelas dengannya. Masakan boleh lupa..cinta pertama dari tingkatan satu kekal sampai tingkatan lima. Pasangan paling romantic di Sekolah Menengah Padang Lumpur itu.. syafiqah dan fahri. Mereka seringkali diumpamakan cerita sembilu yang sedang hangat ketika itu..”fendi dan zeti” ..itulah gelaran teragung untuk mereka. Rafie diam dan berfikir.. anak yang berusia setahun itu, bukan syafiqah yang jaga sebaliknya ibu mertuanya.. dia senyap dan berfikir panjang..dia ingat..dia mampu bimbing syafiqah..teringat pesan mertuanya sebelum malam majlis akad nikah
“abah taknak rafi rasa abah mempergunakan rafi untuk membentuk anak abah. Abah yakin rafi boleh membimbing fika menjadi muslimah. Kami hanya ada dia seorang je kat dunia ini. Dialah anak lelaki..dialah anak perempuan..moga rafi boleh kembangkan zuriat dan abah minta maaf banyak2”.
Akhirnya..lafaz cerai disertakan dengan zikir mengiringi pagi tersebut. Syafiqah tersenyum panjang. Dalam benaknya sudah ada perancangan demi masa depannya. “bukan susah sangat nak sebut!” bentakknya lalu ke bilik membawa bagasi yang telah dikemaskan. “fika nak pegi mana? Walaupun dah bercerai..tapi fika masih dalam tanggungjawab abang lagi” lembut rafaie bersuara..lemah kedengaran..” eh..kenapa awak ni alim sangat..sudah!sudah! awak tak ada hak atas hidup saya.. saya atur sendiri hidup saya..anak tu awak nak buat..buatla apa pon..jangan libatkan saya” herdik syafiqah lalu berlalu meninggalkan rafaie yang duduk dikerusi. Akhirnya airmata keinsafan mengalir laju diwajah rafaie mengiringi dosanya sebagai suami yang tak mampu membentuk syafiqah setelah 3 tahun bersama.. Azraie Syazli tidur dengan lena..bayi berusia setahun itu seolah-olah tidak mendengar langsung apa yang telah berlaku..lantas telefon di ambil dan mertuanya di dail. Mengucap panjang orang tua tersebut namun mereka redha dan tidak salahkan rafaie. Maka kesempatan yang ada diambil untuk mengadu segalanya pada ilahi. Rindukan tanah haram mula mewangi.. moga ada ketenanganan disana.. dia menyimpan surat marwa lalu mengemas meja untuk pulang.
**************************************************************************
“aku tak yakinlah syai tu betul-betul nakkan engkau” Zahra meninggikan suara. Sakit hati benar melihat romate nya yang seringkali menangis kerana jantan tak guna tu. Marwa sekadar mendengar. Langsung dia tidak terkesan dengan kata-kata romatenya. Janji kali kedua untuk membawa keluarga khusyairi bertemu keluarnya dimungkiri lagi.. marwa sudah tidak tahu meletakkan di mana rasa malunya pada ahli keluarganya yang ternanti-nanti kehadiran lelaki yang sering disebut-sebut marwa
“ala..dia dah kata..mak dia tak sihat..ayah dia ada kerja..nak buat macmane..” dalam suara teresak..masih mampu marwa mempertahankan insan kesayangannya. “itulah ko.. aku kata apapon kau xtak nak dengar..bela sangat kucai engkau tu..mamat macam tu..bukan bleh buat laki tau..” makin panas hati Zahra..apalah yang bebal sangat minah ni..dalam hatinya cukup mendidih.. marwa sudah malas melayan lantas dia memejam mata dan tidur dibawah bantalnya. Petang semalam dia jumpa ustaz rafaie untuk mendoakan di hadapan kaabah. Moga allah membuka pintu hatinya. Perkenalan bersama khusyairi bermula apabila marwa menjadi pengiring juniornya membuat lawatan ke perkampungan orang asli di pos lebir di gua musang. Khusyairi adalah salah seorang pegawai dari jabatan hal ehwal orang asli. Kehilangan telefon menyebabkan marwa terdesak untuk meminjam telefon pegawai berkenaan kebetulan menaiki trak yang sama untuk miscall handsetnya. Daripada situ, bermula dengan pertanyaan berkenaan orang asli..maka, hubungan menjadi lebih rapat dan serius.. marwa yang sebelum ini mempunyai kenalan dari facebook iaitu insan bernama fahri ilham ..sering berbincang mengenai ilmu dan hanya berkaitan agama.. namun perasaan ditahan bimbang bertepuk sebelah tangan.lagipula fahri cukup syadid dan tegas dalam berchatting difacebook. Melayan tapi sentiasa berwaspada.. itulah yang menyebabkan marwa menerima khusyairi sebagai teman.
Fahri masih sujud disejadah.. didahinya sudah mempunyai dua tanda.. kata teman-temannya “uish..zuhud betul kau sekarang ye..kuat ibadah!!” namun bukan itu yang diingini..yang dipinta sentiasa adalah taubat nasuha. Moga Allah mengampunkan dosa-dosanya yang terdahulu. Kekecewaan yang dirasa setelah buah hatinya syafiqah berkhahwin dengan orang lain. Hati mana yang tidak remuk setelah ikatan cinta selama 5tahun punah begitu sahaja. Oleh kerana keputusan spmnya cemerlang..bahasa arabnya pon sangat baik..ustazah raihanah memintanya sambung sijil tinggi agama Malaysia “stam” disekolah kuliyyah Pahang.. akhirnya mumtaz semua subjek yang diambil lantas membawanya ke mesir..tanah barokah.. tinggal setahun lagi untuknya pulang ke tanah air. Disinari cahaya berkat disini.. fahri bertemu sahabat-sahabat medan dakwah yang banyak membentuk dirinya dan menjadikannya insan paling digerungi di kalangan junior. Akhlak dan ibadahnya..serta amal dakwah yang sering disebarkan bersama rakan-rakannya.
“fahri..enta taknak tidur lagi..” tegur aiman selesai melepasi hajatnya ditandas..
“belum lagi man..enta tidurlah dulu..” fahri mencapai quran.. aiman mengambil tempat disebelahnya..’kenapa ngan enta ni..ana tengok seolah-olah runsing..” fahri tersenyum..jarang dia buka cerita lama kepada temannya dimesir..”tak ada apalah..nak bermadu kasih ngan ilahi je” fahri tersenyum sambil membelek helaian alquran.. “ kalau enta nak cerita..ana sedia mendengar..ana pon hilang mengantuk kena air kul3 pagi nih..kalu enta percayalah kat ana..” sayu suara aiman kedengaran.. fahri melihat sahabatnya yang merangkap romatenya selama 3 tahun berada disini.
“enta teringin nak walimah aiman?” fahri membuka soalan.. aiman tersenyum..bukan mudah fahri ingin berkongsi rasa.. “sape la taknak..sunnah nabi tu..ana bab2 sunnah nabi ni tak bleh tolak tepi” seraya dengan ketawa fahri..”kenapa..enta dah ada pilihan ye?” sambung persoalan lagi..fahri masih dalam senyuman..pagi tadi seorang senior yang bakal pulang ke tanah air minggu depan membawa hajat lamaran untuk adiknya yang masih ada di mesir. Kebetulan satu jurusan dengan fahri.
“adik ana..maisarah ni..bukanlah bidadari..bukan jua seperti srikandi idaman enta fahri.. dia sekadar insan yang menyempurnakan tuntutan agama.. yang mampu membimbing kehidupan yang lebih baik..adik ana ni sederhana.. kalau enta masih belum ada pilihan..ana ingin membawa hajat ini sementara ana masih ada dsini.” Besar harapan mawardi untuk menjadikan fahri iparnya.
“ allahuakbar..ana xsangka..abang wadi datang membawa hajat ni.. ana ni insan biasa-biasa je bang.. ana masih ada pelajaran untuk dihabiskan..ana masih ada tugas untuk disiapkan dimedan dakwah.. buat masa sekarang..hati ana ni..tidak ada untuk mana-mana muslimah.. ana belum bersedia bang.. namun.. insyaallah..ana cuba istikharah.. ana tidak mahu meletakkan harapan pada abang..sekiranya ada calon lebih baik..bagilah padanya..” lembut fahri berbicara..hatinya masih dingin..tidak mampu menerima sesiapa buat masa ini. “ kalau abang wadi benarkan..saya ada seorang sahabat..mantop akhlaknya dan sahsiah..insyaallah..mampu membimbing adik abang..” terdiam mawardi seketika..jawapan fahri dia sudah jangkakan..susah benar hati lelaki ini untuk wanita… dalam diam..dia bersetuju..apatah lagi fahri yang mencadangkan..tentunya bukan calang-calang pemuda.. “dah kalau enta kata begitu..ana serah pada entalah..” fahri memeluk sahabatnya itu..
Eh..enta ni berangan pulak ye..” aiman menepuk bahu fahri.. “astagfirullah..maafkan ana” cepat-cepat fahri istigfar.. “ maafkan ana..ana ada hajat untuk enta..jika benar enta sudah bersedia untuk walimah..ana ada calonnya.” Terdiam pula aiman seketika..sangkanya fahri yang ingin walimah.. agak lama terdiam..” enta ni.. ana memang bersedia..Cuma.. entahlah..ana rasa kurang yakin je..” fahri memeluk bahu sahabatnya “Allah kan ada..mohon petunjuk dengannya ye..kalu enta dah sedia bagitahu ana” aiman mengangguk .. setelah aiman beredar..fahri meneruskan bacaan alquran..sebak didadanya.. tidak dapat ditahan..lantas di menangis tersedu-sedu.. menahan suara tangisan seboleh yang mungkin.. “sayang..fika dah bercerai dengan suami..demi cinta kita sayang.. balik la cepat..fika rindu kat fahri..” email dari fikasayangfahri@yahoo.com itu dibacanya siang tadi setelah berdiskusi lama dengan marwa difacebook. Langsung tidak dijangkanya..email dari wanita yang pernah bertakhta dihati. Sekian lama mereka tak berhubung selepas perkhahwinan itu. Rasa berdosa menyelinap dihati fahri
“dasar anak..tak tahu diuntung..” Marah benar pakcik syafiq dengan anak tunggalnya yang dilhat bersahaja..malah menjawab pula setiap kata-katanya..”sudahlah abahnya..nanti naik pula darah tinggi awak tu” khairiah cuba menyabarkan suaminya. Marah macamna pun semuanya sudah berlaku. Syafiqah membawa diri ke bilik. Dibukanya sentiasa laptop agar email daripada fahri dapat diterima secepat mungkin. Seminggu sudah email dihantar namun masih belum berbalas. Disemak email-email sebelum majlis perkhahwinannya.
“sayang..sampai hati tinggalkan fahri..kita dah berjanji..kenapa fika tergamak lakukan ini pada fahri.. fahri tak redha fika..fahri tak rela,..”
“Esok fika jadi isteri orang sudah..fahri rasa nyawa fahri sudah mati..selama ini..degupan jantung ini hanya menyebut nama fika..”
Syafiqah menangis. Dia menyalahkan kedua orang tuanya yang selalu mengatur hidupnya menyebabkan dia dan fahri menderita. Dia ingin pergi jauh dari kampong. Teman sekolahnya yang sudah berada di kebanyakkan ipta dihubungi. Nekadnya untuk keluar.
Marwa membuka laman facebook setelah selesai kerja kuliahnya..hurm,,ramainya online malam ni..desis hatinya.. “eh..ust rafie pon online..” lantas dia membuka ruang chatting.
“salam ustaz..selamat berangkat esok..jangan lupa doa ana J “ tidak lama kemudian.balasan diterima “salam..iyelah..ustaz nak buat-buat lupa..tapi kamu dah ingatkan”
“hehe..ikhlaskan niat..ustaz pergi ngan zaujah ustaz ke?anak tinggal kat sape?
“iye..tinggal kt kuarga..ustaz ada hal ni..ustaz out dulu..salam” mood rafie terus mati disitu. Baru hajatnya ingin menyapa teman-teman dimesir yang lain.
“salam..ukhti sihat?” sapa fahri. Marwa seperti biasa sudah menduga..insan ini pasti tidak pernah melupakan harinya.. pukul 2.30 petang..malaysia..dimesir masih pepagi..mesti seusai solat subuhnya. “sihat syeikh..hari2 enta Tanya..bosan lak nak jawab J “ begitulah hari-hari fahri ngan marwa..”ana kena buat asgment untuk subjek perbandingan agama..peranan sami dalam budha. Kena ada rujukan bahasa arab..enta bleh tolong terjemaahkan? Dalam cd maktabah syamilah ada sikit perkaitannya.” Baru marwa terfikir akan asigmentnya yang perlu disiapkan minggu depan. “enti ni..kalo ana minta bayar gaji ni..bleh buat bayaran ansuran kereta..asyik ana je kena buat..enti bila nak belajar sendiri.” Tegur fahri..dianggap nada gurauan oleh marwa “ ala..ni namanya sahabat sejati..sehidup..semati..hehe.. lagipon bleh asah bahasa arab enta kat mesir tu..ana ni orang Malaysia..jadi kena bina semangat cintakan bahasa ibunda..” belum sempat ayat dihabiskan..fahri menghantar last mesej “ iallah..okeylah ukhti..ana bantu..wslam..” begitulah fahri..belum sempat apa-apa dibahaskan..putus line terus tanpa bertanya kot-kot ade ape2 persoalan..
Marwa melihat telefon..5 hari sudah khusyairi tidak menghantar mesej. Marwa pura-pura merajuk selepas kejadian hari itu.namun dirinya pula tertekan..dulu khusyairi tidak begini.. hari-hari bertanya khabar..
“salam..chat ke? Teringat…” ini yang akan disapanya dulu.. teringat disini disamakan dengan rindu.
Lantas marwa menelefon khusyairi..lama baru diangkat
“salam..sihat ke syai? Teringat..” marwa menceriakan keadaan. “sihat je..” diam seketika. “
syai kat tempat kerja? Balik kulberapa hari ni?” tetiba perasaan halus terasa dihatinya. Khusyairi sudah berubah. “iyelah..balik macam biasa.. syai ada kerja ni..ti syai call balik” belum sempat marwa menjawab telefon sudah dimatikan..hatinya menangis lagi..
Marwa melihat semula gambar-gambar program di pos lebir.. keriangan khusyairi dan kemesraan mereka disana sangat dirindui. Teringat cik sarah pegawai ditempat sama dengan khusyairi.. “eh..peliknya engko ni..sebelum ni bukan main susah nak turun pos lebir lebir..sekarang ni siap menetap sekali..itu yang tak tahan” marwa tersenyum sendiri.. khusyairi tetiba malu malu kucing..”sarah juga yang pesan dengan syai..kena rajin..syai ikut nasihat sarahla ni.. sarahkan mak tiri belah ayah syai..” tetiba mata sarah dijengil.. berkejaranlah mereka.. ketawa riang.. ada nada cemburu waktu itu meskipun syai hanya menjelaskan mereka sudah lama berkawan.
***********************************8
Fahri tiba di KLIA bersama-sama sahabatnya yang lain sambil mencari keluarganya, 4tahun tidak bertemu. Tetiba matanya memandang seorang wanita yang tidak bertudung meluru ke arahnya.
“yang…fika datang..demi fahri” hampir sahaja syafika ingin memeluknya. ‘astagfirullah’ ucap fahri dalam hati. Mujur troli bagasi menghalanginya. Fahri tersenyum tawar.terdiam. syafika menitis airmata rindu. Insan yang dihadapannya tak ubah seperti bekas suaminya. Berjubah putih, berkopiah, ada sedikit janggut. Kemas dan begitu bercahaya wajahnya.
“syeikh..ana pulang dulu sahabat” datang beberapa temannya menyelamatkan keadaan. Fahri memeluk mereka. “jangan lupa inbox nombor telefon dalam fb ana” pesan fahri sambil menahan sebak. Sebak kerana situasi ini diperhati sahabat-sahabatnya. “insyaAllah. Enta pon jaga diri, walimah nanti jangan lupa kami pulak. Keluarga ana dah sampai tu” tersenyum lebar aiman dengan kehadiran keluarganya. Hujung bulan ni walimahnya bersama adik mawardi berlangsung. Akhirnya usaha fahri menyatukan mereka Berjaya. Jodoh mereka sebenarnya. Syafika hanya memerhati, dia menjauhkan diri sedikit dari golongan itu, fahri tidak merasakan kehadirannya.
“assalamualaikum..abang..sihat?” sapa makcik farhana. Mak fahri sudah menitiskan air mata. Anak sulongnya itu sudah banyak berubah. Sejuk hati ibu mengandung.
“Alhamdulillah mak..abang sihat..abah?sihat?” fahri menyalami mereka.. pak Mahmud mengangguk dan memeluk anaknya.” Baik.. abang..jom..maaflah kami cari parking tadi..minta fika ni masuk dulu” jelas ayahnya. Barulah dia mengerti, bagaimana fika ada di KLIA. “iyelah abah.. fahri je xnampak fika” nada merajuknya kedengaran.abah! fahri terpinga-pinga dengan panggilan tu. Barulah dia teringat. Masa berpasangan dulu, dah beberapa kali fika ke rumahnya, kemesraan fika dan orang tuanya membuatkan panggilan itu terbiasa. Ah! Banyak kenangan silam datang berlari. Hatinya makin resah.
“mana angah dan adik mak?” fahri melarikan matanya keluar seolah-olah mencari. “ada menunggu kat umah..jomlah, kita naik kereta. Mesti abang penat.” Pak Mahmud mengangkat baki beg fahri yang ada. Syafika mengekori dibelakang. Sungguh! Fahri tidak selesa dengan keadaan ini.
*********************************************.
“yang..nanti syai jemput kat bustop” mesej dari kusyairi diterima. Tersenyum lebar marwa. Kepulangannya dari membuat kajian berkaitan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Bahagia bertamu kembali. Rasa terharunya, khusyairi sanggup turun dari kuala lumpur untuk menjemputnya di kuantan. Buat pertama kali dia akan menaiki kereta bersama lelaki ini meskipun setelah setahun berkenalan. ‘mesti nak bincang sal kawin ni’ hati marwa makin melonjak-lonjak bahagia. Bus dirasakan terlalu perlahan.akhirnya setelah dua jam.sampai diperhentian kuantan. Suasana tidaklah terlalu sibuk memudahkan pencarian kereta kusyairi.
“sihat yang?” sapa kusyairi. Lama sungguh dia tidak berjumpa dengan marwa. “sihat..” seraya memasukkan begnya di kerusi belakang kereta. “kita pergi makan dulu” marwa mengangguk. Sepanjang perjalanan marwa menceritakan sedikit kajian yang diperolehi. Sememangnya kepakaran khusyairi dalam memberi ulasan dan pandangan. Menghangatkan lagi perbincangan mereka. Setelah selesai makan, marwa masih tertunggu-tunggu apa yang ingin dibicarakan.
“yang..teringat sangat..” khusyairi merenung marwa. Gelisah pula jadinya namun cuba untuk tenteramkan hati..senyuman terukir. “ dah..nikah la cepat-cepat” khusyairi tersenyum. Dia tidak sampai hati memberitahu perkara sebenar. “kan syai dah kata..sampai waktu nanti..adalah..sabar .k” pujukan khusyairi tidak terkesan dihati marwa. Suasana senyap sehinggalah sampai di perkarangan rumah sewa marwa. “jaga diri yang.. “ khusyairi menyerahkan beg kepadanya “ok..” marwa memasuki rumahnya. Mujur rakan serumahnya berada dalam bilik masing-masing. Airmata mengalir laju..hatinya tetiba perit. Namun dia cuba bersangka baik lagi.. sebelum dia tidur..sempat menghantar satu mesej “syai kat mana dah? Drive elok-elok” selepas panggilan telefon berkali-kali tak diangkat. Seminggu sudah marwa sukar melelapkan mata. “dah nak sampai.k.”itu sahaja yang dibalasnya. Marwa masih memujuk hatinya. Dalam kul3pagi barulah terlena..
********************************.
Sekembalinya dari mengerjakan umrah, rafie lebih tenang. Teringat pula dia kepada marwa. Lantas facebook di bukanya. Marwa ni hantu facebook, kalu susah nak jumpa,carilah difacebook. Ada je setiap waktu. ‘ha..ada pun’ tersenyum sorang-sorang pula.
“salam..enti ada kat mana ni?” tidak sampai sesaat.terus ada “typing..”
“w,salam..ustaz..bila balik..saya kat kelas..hehe”
“eh..kamu ni..dalam kelas pun bleh online. 3hari lepas ana balik”
“ha..camne doa ana? Jangan kata ustaz lupa”
“mcmne ana nak lupa, nak masuk airport pon 3 mesej enti hantar”
“hehe..itu bersungguh namanya..”
“harap allah makbulkan,xsempat dah ustaz nak doakan untuk orang lain..”
“hehe..moga dapat balasan yang baik..tenkiu2 ustaz” akhirnya marwa mampu tersenyum. Itu jelah usaha yang terakhir. Sejak menghantarnya pulang hari tu. Khusyairi tidak menghubunginya langsung.
Rafie terus menyapa sahabat-sahabat mesirnya. Ada adik junior bidangnya yang selalu menyapa meminta pendapat..
“salam ya akhi..enta dah balik Malaysia?”
“salam syeikh..ye abang.. ana dah balik minggu lepas..lama tak Nampak online. Busy je?” fahri menyapa mesra. Agak lama tidak berfesbuk dengan senior yang belum dikenalinya ini. Rafie la yang selalu membantu secara online semua permasalahan pelajarannya.
“salam akhi..sihat?” marwa menyapa
“salam..alhamdulillah..ana kat Malaysia dah” dalam pada masa yang sama dia rancak chatting bersama rafie.
“iye?wa..ade kat mana tu”
“mana bleh bagitahu..6ti enti tetiba hantar rombongan..susah ana..” terdiam sekejap marwa. Pertama kali fahri bergurau begini. “iye?nyesal Tanya terang-terang J “ marwa tersenyum.
Penat berfesbuk..marwa merenung siling dan kipas yang berpusing-pusing. Zahra romatenya sudah pulang ke kampung sejak 3hari lepas.’cuti panjang cket’ balas mesejnya tadi. Kiranya esok n lusa pastinya ponteng kuliah lagi. Zahra..zahra..
Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Telefon digapai. “ salam..syai..sihat..lama tak mesej” dia tahu syai takkan balas..lantas dia melelapkan mata yang sukar terpejam ini ‘salam..sihat..yang sihat?” terbangun marwa dari tidurnya.. “sihat..syai pergi mana?lama xmesej” berlarutanlah mesej meluahkan rasa sehingga 12.00 malam.
‘yang..kalu berpoligami..yang setuju tak?’ hati marwa makin gelisah. Perasaan ini sejak bertemu khusyairi 3hari lepas masih belum reda. “syai ada orang lain?” marwa memberanikan diri.. “adalah pilihan tu..” marwa cuba bersangka baik..gurauan semata ni.. “gatai..ngan saya ni tak terikat lagi..gatai nak nikah lain” cuba mendamaikan hati.. “kalu syai minta masa untuk buat pilihan..yang boleh terima tak?” serius mesej yang diterima. “ sejak bila kenal dia dan orang mana?” marwa akur dengan soalan yang tidak mahu ditanya itu. “orang johor..kenal sama dalam tempoh kenal yang..” marwa mula panas.curang!tak setia! Hatinya mendidih tetiba.. “ macamnilah..selama ni..saya setia pada yang satu..saya tidak ada pilihan lain..ssebab saya dah pilih awak.. sekarang ni awak suka2 hati ada pilihan lain dan nak buat pilihan..awak ambiklah budak johor tu dan anggaplah tiada jodoh.’ Mesej yang merasakan sakit jiwa untuk dihantar.. selepas itu, handset dioff kan. Marwa menangisi nasib kesetiaannya.. selama in dia sudah cuba banyak mengalah dengan semua perkara. Baru 3hari lepas khusyairi sanggup datang semata-mata untuk berjumpa dengannya..kini, begini jadinya. Airmatanya mengalir laju..tersedu sedan dalam kepekatan malam..akhirnya dia terlena..
******************************.
“mak..sampai bila fika nak duduk sini?” fahri bertanya selepas ibunya mengemaskan baju di dalam almarinya. “kenapa?abang tak suka ke?bukan ke selama ni abang tunggu fika? Fika pon cakap kat mak katanya kamu nak kembali pada dia semula” terang ibunya sambil mengibas-ngibas baju. ‘astagfirullah.fitnah apalagi ya tuhan’ bisik hatinya. Selama 3hari dirumahnya, fahri sering keluar dan balik lewat malam untuk mengelak dari bertembung dengan syafika.
“mak..abang dah tak ada perasaan langsung kat fika mak..semenjak di mesir lagi.. abang dah lupakan dia mak..tak elok mak..fika duk serumah ngan kita..mak..minta tolong mak..cakap kat fika..minta dia balik rumah dia mak..” selembut mungkin fahri berbicara dengan ibunya yang kurang faham tentang ilmu agama. Disebalik pintu syafika menahan sebak dengan menutup mulutnya agar sedu sedannya tidak didengari. Dia berlari masuk bilik..airmata meluncur laju..dia tidak menyangka pengorbanannya selama ini langsung tidak dihargai oleh fahri. Selama ini dia memendam rasa..4tahun dia derita namun segalanya langsung tidak menyentuh hati fahri. No telefon kawan sekolahnya didail. “salam..zahra..ngko ada kat mana?aku nak menumpang rumah ko kejap..bleh?”
“aku ade kat kampung la senget..ngko pegi jelah romate aku ada tu..ambik no dia ni..”selepas menyimpan no.tersebut. terus no. di dail. Namun voicemail. ‘maybe tak cas kot ni’ syafika cuba menyedapkan hatinya. Airmata masih mengalir.esok dia akan telefon lagi setelah satu mesej dihantar. Dia mengemas baju dan terus lena.
Fahri bangun dalam kedinginan malam. Dalam istigfar memohon keampunan. Dia menangisi dosa-dosanya.. “ya tuhan..jika cinta itu untuk merasa kecewa..lebih baik cinta itu tidak pernah hadir”
***********************.
.. “ya tuhan..jika cinta itu untuk merasa kecewa..lebih baik cinta itu tidak pernah hadir” rafie dalam dakapan malam. Dia memohon kekuatan menjalani kehidupannya.. pertama kali di majlis akad nikah melihat wajah syafika..hatinya meruntun sayu..wajah itu yang hadir saat dia istikharah. Namun segalanya aturan tuhan. Kini, dia sendiri bersama anak yang hampir berusia setahun. Masih jelas diingatannya.. bagaimana syafika mengamuk “insiden” sewaktu syafika demam panas kerana terlalu rindukan fahri. Dalam kesamaran, syafika ingat fahri yang menjaganya. Apabila mengandung, lagilah kewarasannya sudah hilang..makan nenas dan melakukan perkara yang pelik-pelik. Namun, doa rafie sentiasa mengiringi keselamatan anak dan isterinya. Akhirnya selepas bersalin, anak itu diberikan pada ibu syafika yang inginkan zuriat. Setitis air susu badan langsung tidak diberikan kepada anaknya
Rafie menangisi segala dosa-dosanya, mungkin inilah balasannya..menghancurkan hati orang lain. Dia cukup kecewa, dibibir syafika hanya ada nama fahri..setelah istikharah 3 malam berturut-turut barulah dia mampu melafazkan cerai.
********************************
.. “ya tuhan..jika cinta itu untuk merasa kecewa..lebih baik cinta itu tidak pernah hadir” marwa teresak dalam kesamaran cahaya lampu. Bengkak sudah matanya.. bangun sepertiga malam, Dirasakan ada hikmah disebalik kurnia kesedihan padanya. Dia dekat dengan tuhan. Dirasakan ada yang sentiasa menjaganya..dia betul-betul kecewa..tangisan berpanjangan..dalam setiap rakaat solat sunat taubat..basah telekung solatnya..entah dimana kusyuk tidak dapat diperolehi. Namun pada saat ini, dia berazam..untuk melupakan khusyairi..harap-harap ini jalan terbaik buatnya.
Facebook dibuka setelah agak lama tidak dapat lelapkan mata. Jam sudah jam4pagi. Satu mesej di ruangan facebook. “salam ukhti, kenapa gambar profil sedih je nih? Ayat-ayat pon macam sudah putus asa je. Share la ngan ana..kot-kot ana leh bantu if ukhti trust me..moga-moga kesedihan ukhti bernilai ibadah.” Marwa terasa jiwanya sangat perlu diluahkan kepada seseorang yang memahami. Bukan tidak ada adik beradik ataupun sahabat. Namun semuanya berbalas sindiran.
“itula..xsabar sangat.padan muka..”kakaknya membalas mesej selepas marwa memaklumkan.
“aku dah cakap dah..ko jangan sedih la…anggap je xde jodoh..ada la yang lebih baik” Zahra pula dengan ayat slumbernya itu. Bukan marwa tidak sedar semua tu. Takdir yang telah tersurat namun dia memerlukan nasihat serta bimbingan untuk berusaha bangkit. Bukan mudah menerima sesuatu yang tak pernah terjangkau di fikiran. Menitis lagi airmata yang tidak pernah kering itu.
salam akh.. ana percayakan akh..masakan tidak, setahun bersua difacebook. Meskipun ana xkenal enta..tapi ana yakin enta boleh dipercayai. Ana rasa ana xmempunyai sesiapa sekarang ini.. semua jauh daripada ana.. ana mohon pada tuhan..hadirkan teman untuk menguatkan semangat ana yang kian luntur ni.. ana ada muslimin..hampir ada ikatan.. bulan 8 , tahun ni sepatutnya bincang berkaitan walimah namun tadi dia mengaku ada orang lain..malah ingin berpoligami. Ana tidak menentang poligami..Cuma..ana sudah hilang rasa percaya pada dia..dia pernah dikecewakan dulu..masakan dia tak tahu betapa sakitnya bila hubungan yang telah diketahui oleh kuarga ana diputuskan begitu sahaja. Ana cukup kecewa akh..berapa kali dia berjanji..dia mungkiri.. sekarang.. dia nak buat pilihan. Sedangkan dari awal ana sudah pilih dia sebagai pilihan ana. Hebat sangatkah dirinya akh.. ana sedaya upaya mempertahankan segalanya demi dia.. bagi inzar pada ana akh.. ana tak redha sampai bila-bila apa yang dia telah buat kat ana..ana tak reda..” makin teresak marwa dipapan kekunci computer…saat itu dia seolah berbicara sendirian.. terluka sungguh hatinya..akhirnya terlena dimeja computer..
Seusai solat subuh. Seperti biasa, fahri akan buka facebook dan blog-blog dakwah untuk melihat isu-isu semasa..mesej daripada marwa diterima.. ‘seorang lagi dikecewakan’ bisik hatinya. Lantas dia istigfar dan berfikir sejenak..apa yang perlu ditulis.. sahabat facebooknya ini punya sedikit kelebihan iaitu sentiasa berbicara mengenai isu semasa dan kelemahannya sentiasa merungkapkan permsalahan hati.. ah!manusia..semua ada kelebihan dan kelemahan.
w,salam ukhti..allahurabbi.. ana sebagai lelaki..ana turut merasa tempiasnya. Sememangnya berat lagi yang merasa. If ukhti inginkan nasihat daripada ana.. lapangkan dada..moga-moga boleh terima dan fikirkan semula.. sepanjang ana mengenali ukhti difacebook.. saat bahagia..saat duka..semua enti paparkan difacebook. Ana melihat banyak duka dari bahagia. Mungkin sudah dalam fikiran ukhti ingin melangsungkan walimah..namun ukhti..ana tidak melihat keberkatan dalam hubungan ukhti. Istigfar lah ukhti.. allah maha adil.. tahu apa yang terbaik untuk kita..jika kita tak reda dengan dia..maknanya enti tak redha atas apa yang telah allah aturkan. Ana tahu enti muslimat kuat. Kembalilah pada ajaran islam yang sebenar.. ada banyak hikmah disebalik putusnya hubungan ni.. antaranya kurangnya dosa tidak menjaga muamalat.. jiwa makin tenang.. ibadah akan khusyuk.. percayalah ukhti..dengan janji allah.. jika kita nak dapatkan yang soleh..ukhti kena solehahkan diri. Ana yakin ukhti akan dapat yang lebih baik..sama2 doakan..esok sudah kedatangan ramadhan.. moga kita ambil peluang tersebut untuk memohon doa dan keampunan kpd allah. Ukhti.. if ana ada tersilap cakap..ana mohon ribuan kemaafan. Asiff.. wassalam..”
Fahri menghela nafas panjang..nasihat dari hati ke hati sudah diberi. Setelah melayari beberapa laman..akhirnya fahri mengambil al-quran untuk membacanya. Syafika sudah pulang ke rumah keluarganya ...kedatangan kedua ibubapanya betul-betul mengejutkan. Mujur tiada apa-apa pertengkaran..syafika hanya menurut tanpa kata. Langsung tidak mahu menoleh pada fahri. Hatinya sudah membeku..perasaannya sudah mati..
“azraie..sudah bangun sayang..awalnya anak abi ni..” rafie mencium ubun-ubun anaknya itu. Seawall jam 6 pagi anaknya sudah mencelikkan mata seluasnya. Bagusnya anak ini..jarang menangis. Sejak bercerai.. rafie meminta ibu mertuanya menghantar azraie untuk menemaninya,,awalnya ibu mertuanya keberatan kerana selama ini dia yang jaga namun akhirnya mengalah melihat kesungguhan rafie ingin menjaganya. Hampir 2 bulan segalanya berlalu.. hari pertama ramadhan ini membuatkan rafie sebak..segalanya bersendirian.. ingin pulang ke rumahnya..namun tidak sampai hati melihat wajah ayah dan ibu. Rengekan azraie membuatkan rafie tersentak dalam khayalan lantas dimandikan dan ditidurkan semula setelah azraie menghabiskan sebotol susu. Memandangkan 1 ramadhan kebanyakan semua IPTA cuti.. rafie tidak merancang untuk keluar. Lantas facebook dibukanya. Mesej daripada fahri..
“salam..abang.. ada kat rumah ka hari ni?ana nak ziarah abang sekeluarga.. boleh ka?dah 2 bulan balik..tapi tak berjumpa-jumpa lagi kita ye..”
“w,salam.. ana alu2kan enta fahri..6ti ana pm ni.fon..datanglah ye..” rafie agak keberatan untuk mempelawa apatah lagi membuka cerita rumahtangganya 6ti namun sahabatnya ini boleh dipercayai. Kebetulan fahri ingin meng”ofline”kan facebooknya terlihat akan mesej tersebut.
ok..dalam kul10 pagi ana datang ye..” rafie merehatkan diri disisi azraie lantas terlena .
************************************.
“mana pulak ust rafie ni..kata nak bagi kuliah dhuha.. mesej tak balas..telefon tak angkat..adooii.. dah kul 9.45 ni.. kul 10 pagi nak start dah” marwa membebel seorang diri sambil terus menekan-nekan no.telefon rafie.. hari ni persatuannya menganjurkan kuliah dhuha sempena sambutan ramadhan disurau kolej kediaman.. selaku unit protocol dia sudah gelisah. Beberapa kali pengerusi bertanyakan..lantas dia lari ke belakang surau memikirkan cara terbaik..matanya masih bengkak kerana tangisan malam tadi..namun dikuatkan semangat selepas membaca mesej fahri.
“ assalamualaikum..” seraya dengan ketukan pintu..fahri memberi salam. ‘rasanya betul dah rumah ni’ bisik hatinya. Rafie tersentak dari tidurnya..”astagfirullah..tertidur pulak..waalaikummussalam.. sekejap ye..” jawab rafie sambil membetulkan jubahnya. Mujur azraie masih lena. Tergesa-gesa dia membuka pintu. “allahuakhbar..maafkan ana fahri..terlena tadi..” senyuman selebar mungkin sambil memeluk fahri.. “takpe bang..ana ingat salah rumah dah tadi..abang apa khabar?sihat?”
“sihat..sekejap ye..ambik anak dalam bilik..dah bangun tu..” bergegas ke biliknya semula apabila terdengar rengekan azraie..fahri sekadar tersenyum.. “hensemnya..mai kat abang..” azraie dengan manjanya melentokkan kepala disisi fahri. Terdengar pula bunyi telefon.. jam menunjukkan kul 10 pagi.. “kejap ye..telefon pulak.” Fahri sekadar tersenyum melihat kekalutan.. mungkin zaujahnya tiada. “astagfirullah..marwa.. ust lupa.. pukul berapa ye?” marwa!! Fahri terdengar nama tersebut.. mungkin kebetulan kot..fikirnya.. “yelah2..ustaz pergi sekarang..dalam 15 minit ustaz sampai.” Rafaie memicit kepalanya yang tidak sakit.. “kenapa bang?” fahri mula risau. “ ada program kat kampus..ana lupa pula.. ok..enta ada keje tak sekarang atau nak kemana-mana sekarang ni? Fahri menggeleng.. “ikut abang pergi kampus..ada kuliah dhuha..anjuran persatuan.. boleh kita pergi sekarang..bawa azraie ye..” fahri sekadar mengangguk..ada faedahnya juga dari ziarah saja-saja ni. Rafaie terus memecut keretanya.. hampir 20minit.. marwa melepaskan nafas lega apabila kereta ust rafaie parking betul-betul dihadapannya..
“ustaz kena ambik enti jadi..zaujah keempat ustaz ni..” sempat lagi rafaie menunjukkan muka tak bersalah..fahri keluar dari kereta..wajah muslimat dihadapannya ini seperti biasa dilihat. Namun pandangannya dijaga.. alhafiz katakan..
“ustaz………..dah la lewat sejam..mati ana kena pancung ngan ydp..cepat-cepat.. ni surarumah ustaz ke? Bawak masuk dalam skali ngan anak ustaz,,” tanpa melayan kerenah kerenah rafie ..marwa berlari2 anak ke surau untuk memaklumkan pengerusi.
Kuliah berjalan dengan lancar. Itulah kehebatan rafie.. mampu memberikan input yang terbaik kepada pelajar tentang isu yang dibincang. Persoalan yang sentiasa membuka minda..
“ustaz rasa sampai disini dahulu..ustaz minta maaf sekali lagi.. terutama pada cik setiausaha ustaz tu..marwa hasanah..marah benor dia kat ustaz..dan.. ustaz menjemput sahabat ustaz.. ust fahri ilham untuk membacakan doa.. baru balik dari mesir..dialu2kan..” marwa tersentak.. ‘fahri!!!’ fahri turut tersentak. Malu diperkenalkan dan juga terkejut bahawa itulah marwa yang selalu muncul difacebook sejak setahun yang lalu.. marwa memandang fahri dan pandangan bertemu seketika.. merah padam mukanya. Baru pagi tadi fahri memberinya kata nasihat.. “fahri..enta bawa azraie depan ni..nah! ambik mikrofon” fahri akur dalam rasa malu.. mahasiswa yang ada kagum dengan peribadi lelaki ini.. terdengar soseh-soseh dan umpama langau berterbangan.. marwa tunduk malu..
“ assalamualaikum..allahurabbi..ust rafaie menyakat ana je tu..iallah ,,Alfatihah..” setelah itu selesai program..namun marwa bergegas keluar dari surau..mukanya sudah tiada berdarah jika ditoreh..
*****************************************
“fika.. makan nak..” mak limah sudah hampir putus asa.. anaknya seolah-olah gila meroyan..sejak diambil dari rumah fahri .. syafika tidak bercakap sepatah pon.. makan bersuap.. pakaian dan nak mandi pon terpaksa bawa ke bilik air.. kadang-kadang dengar menyanyi..sekejap-kejap menangis dan ketawa..minggu lepas..bawa ke klinik.. doctor farhan memungkinkan tekanan perasaan yang terlampau.. beberapa ubat diberikan.. mak limah menangis disisi syafika yang hanya memandangnya. Langsung tiada sebarang reaksi.
“assalamualaikum..kak limah..oh kak limah..” jerit maksu timah.. adik bongsu mak limah. Setelah mengesat airmata..mak limah keluar..
“ ada apa su..naiklah”
‘xpe..kat beranda je kak..macamne syafika tu?ok dah?’’
‘ok apa..macam tu jugak…tak tahu dah aku nak buat macam ne” airmata dikesat dengan hujung lengan baju.. maksu timah menggeleng kepala
“kak tak bagitahu rafie ka?”
“aku taknak menyusahkan dia lagi..dulu, kami paksa dia kawin..sekarang… aku malu nak bercakap soal ini lagi..” maksu timah sekadar mengangguk..
“lupa pula nak bagitahu.. kawan sofwan ada balik dari mesir.. su ada cerita tentang sakit fika ni sikit2..dia kata..boleh guna perubatan islam..kebetulan kawan dia tu pengamal perubatan..boleh la kot kalu kita nak usahakan ..macamne kak?” setelah lama berfikir..
“aku ikut su jelah..kalu betul itu yang terbaik..aku ikut aje..”
“kalu gitu..lusa ni kita pegi ye..kak, su balik dulu..assalamualaikum.” mak limah sekadar menganguk dan menghantar adiknya itu dengan pandangan mata..kebetulan suaminya pak syafiq pulang dan terus dibincangkan..cadangan dipersetujui.. ada sedikit sinar bahagia disitu..
***************************************.
Hampir 5 hari marwa tidak online facebook. Dengan ustz rafie pon marwa mengelakkan diri bertegur sapa.rasa malunya masih berbaki.. begitu juga fahri.. namun kesibukan fahri membantu sahabatnya aiman menguruskan pusat perubatan membuatkan masanya dengan facebook berkurangan. Terdapat juga beberapa kawan-kawannya dari mesir yang turut sama menjadi pengamal perubatan. Ilmu yang dibelajar dimesir digunakan sebaiknya.. oleh kerana jarak rumah fahri ke pusat perubatan aiman agak jauh..fahri membuka khidmatnya di surau yang bersebelahan dengan rumahnya. Tiada bayaran diambil..atas sumbangan orang ramai yang menghulurkannya.
Akhirnya marwa online..setelah melihat tiada sebarang mesej ataupun online dari fahri..sedangkan fahri invisible chatnya. Dia segan juga namun untuk apa..bukannya dia ada apa-apa perasaan.
“salam ukhti..sihat?” sapa fahri di chat
Alamak..mak!!!!!! terjerit marwa di library.. shhhhhhhhh !!satu mejanya membuat isyarat kepadanya supaya diam..agak lama..barulah dia membalasnya “sihat..akh?”
“ana sihat..xsangka..rupanya..anak didik ust rafie.. J
“iye..xsangka dipertemukan dalam keadaan begitu.. =D”
“ana ada buka pusat perubatan islam kecil2lan.. ust rafie pon bantu ana if dia ada masa free..kalu enti “sakit” lagi..leh la kami ubatkan dengan penawar dari alquran J
“hush..tajam..tapi..bagus jugak tu..ok..ada masa ana minta tulun free lagi.. ^_^”
“bab free memang enti juara..k.la..wslm” marwa tersenyum puas. Dia je yang terperasan lebih2.. fahri takde pulak lebih2 tanya.. ish..marwa!marwa! bisik hatinya..
*******************************************************
tetiba blurrrrrrrrrrrrrrrrr..banyak doso kot nih..maleh nk nyambung..

1 ulasan:

dqna comot berkata...

ala ap nh akk.......... boikot la phni :(

dqna pnya smpai tdo mlm xlena sb akk la (xtau npe dr mlm td smpai awal2 pg td, kpala dqna sik tbayang akk j, oh tidak sy msih normal lah!)

dqna da bc da, tp sparuh jln, sb ayh dqna nk bt ta'lim mlm2, start 10.30-1.30pg, dqna br wpe minit bc entri nh. (lme x on9 dh leni)

akk....... moga sinar bahagia akn mjadi milikmu kelak akk, Allahumma amin..... kberkatan dlm phubungan tu pntg subhanallah. ap la gne ssT hbgn y bkekalan, cthY,



dr zmn skola menengah bcinta,

dosa pahala ap dikira,

sumeY dredah xtentu hala,

sbg bukti cnta sehati sejiwa,

andai diizin Allah u trus kekal smpai bila2,

ckup ykinkah kte, rhmt dan rdha Allah itu ada?

sdg kn ats dsr kemaksiatan dan kmurkaan Allah lah pnikahan dan msjd itu tbina...

Allahurabbi......subhanallah Dia y memberi ilham pd akk.... t akk wt novel, dqna nk msukkn ulasan dqna lah! ceh bajet hot la--edited from ust imran (mkin bseri2 mke dy ph blik umrh nh, alhmdlh)