26 Sep 2010

~sepenuh jiwa~

salam sayang u rabbi..sepenuh kasih u nabi..setulus hati untuk murabbi.. dari jauh rindu untuk ibu dan ayahku..


Bersua akhirnya bersama sahabat2 tercinta..rasanya sudah agak tenat jiwa menyimpan, ingin ditahan dari diperhati dan dirasai.. namun itulah persahabatan..mereka lebih tahu tentang diri ini.. pelbagai kalimat keramat kedengaran menasihati diri ini agar terus tabah dan istiqamah meniti ujian-ujian kehidupan.. inzar dan tanbih menusuk hati dan memenuhi kekosongan dan segala tekanan.. deraian air mata membicarakan segala..lafaz xmungkin menyata apa yang tersimpan.. mereka terlalu faham dengan diri ini.. ya allah..mereka sahabat2ku..kawan ketika gembira..teman segala kesusahan..kepercayaan pada semua asbab..mereka penguat semangat..tatkala rebah..mereka bangunkan.. setelah iftar dan mendengar tazkirah bersama2.. disurau farabi.. ust syafie. memulakan kalam.. betul2 terkena pada diri masing2.. memaafkan..dan meredai bukti tahap keimanan seseorang.. pelbagai input diperolehi dari tazkirah yang hanya sejam..disentuh juga keutamaan puasa qada dan melazimkan amalan sunat.. hidup dalam husnul khatimah.. pelbagai nasihat.. yang paling terkesan.. sebagai daie,sebagai ahli surau,hatta sebagai model yang mengaku bawa islam.. peribadi dan akhlak yang baik harus ditunjukkan..lebih2 lagi berada di asrAma.. semua orang akan perhati.. tingkah laku..akhlak dan sebagainya.. "perlu berbeza dari orang lain" ini lah yang sering ditekannya.. moga sinar baru hari ini..memberi harapan pada hari esok. agar redha allah sentiasa bersama hambanya yang sabar..

*amalkan surah al insyirah..surah alkauthar..zikir hauqola..istigfar
*
setiap masa..agar hati tenteram..yg penting..YAKIN.. Allah sentiasa bersama

Tiada ulasan: