12 Nov 2010

“Seluruh dunia baca ustazah..”

\(^_^)/ Alhamdulillah.. seikhlas mungkin menganggap sebagai teguran ke arah menjadi diri ini ,lebih baik. Tetapi siapakah itu. Takut pula dia nak memperkenalkan diri. Musti seseorang yang agak tidak rapat ni. Malah myb tidak dikenali. Sis bukannya pernah lempang orang. Xpernah lagi serang ngan tornado ka..mesin gun ka.. sentiasa pendam untuk hilangkan secara halus.. relax la.. apapon syukran kathir.. terasa? Yup! Memang cukup terasa namun bukankah sesiapa yang terasa itu tandanya masih ada iman. InsyaALLAH. Habis dah sesi laghoo2.. mengingatkan seseorang yang telah membuka mata ini. Erm.. sis telah berusaha mendapatkan sesuatu yang ilmiah. Iallah.. seluruh dunia boleh tengok..baca.. menjadi insan bermanfaat iallah.. “bukan perasan” cuma rasa nak sengkes juga kepala budak ni. im not ustazah.. huhu... apapon petang ni..laptop akan pos ke rumah dah. xde dah nak promote diri. hurm..byk pulop timbul salah faham. kan kita semua milik Allah.xgitu. apepon tocheee\(^_^)/

***************************************************************************

kalo rasa miss kat i ni.. cket.. nak tegur directtion..hurmm..

nurul_iman118711@yahoo.com.my (ym)\(^_^)/

nadieaismail@yahoo.com (email)\(^_^)/

*******************************************

Semoga hati2 yang sentiasa mengharapkan keampunan sentiasa istiqamah..

Penghujung semester sudah hampir tiba. Minggu yang sudah disibukkan dengan pengumpulan nota.. semester yang agak relaks.. moga2 result 6ti pon sehabis..penangan study last minit.

ORIENTALIS DAN ISLAM..

Setelah perbahasan demi perbahasan..kadangkala sangat beruntung student sains sosial ini. Belajar ilmu tentang kemanusiaan..itupon jika fikrah islam..memang berkehendakkan kea rah biah islamiah.ada jihad dan fahami tuntutan dakwah.

Orientalis ialah sesiapa sahaja yang mengkaji perihal ketimuran samada agama .budaya dan lain2..tak semestinya orang barat.. perkembangan pemikiran yang dibawa oleh orientalis ataupon orientalisme terdapatnya 3 peringkat iaitu zaman awal,zaman pertengahan dan zaman kontemporari. Yang mana amat halus cara mereka menerapkan unsure-unsur penyelewengan. Bermulanya dari penterjemahan manuskrip2 arab. Dan hampir puluhan ribu manuskrip ini telah dibawa ke eropah untuk dikaji. Menurut professor karl ernc. Yang dijemput khas baru2 ni untuk memberikan pandnagannya mengenai islam. Beliau adalah kristian dan sangat pakar tentang islam dan berates university dieropah menawarkan pengajian islam. Secara halus acuan2 ini akan diterapkan.itu yang banyak berlakunya percanggahan dan munculnya Islam Liberal.Islam Liberal. Pluralisme Agama dan sebagainya.

} Islam secular yang pastinya tahu bagaimana sejarah gereja sebelum zaman enlightment gereja yang mentadbir Negara.dan apabila lahirnya golongan cerdik pandai mereka memisahkan urusan Negara dengan gereja. Akibatnya, gereja hanya untuk perihal agama kristian. Agama hanya digunakan mengatur hubungan dengan tuhan, sedangkan hubungan sesama manusia diatur hanya dengan berdasarkan kesepakatan sosial Begitu jugalah berlaku pada Negara kita sekarang ini. Apatah lagi di Indonesia. Walaupon hampir keseluruhan umatnya beragama islam. Contohnya Mustafa Kamal Antarturk. Walaupun Turki sebuah negara islam tetapi ketua negaranya tidak mengamalkan islam bahkan mengagungkan barat dengan meniru barat dari segi cara hidup termasuk aspek pemakaian.

} islam liberal ialah Kebebasan berfikir seluas-luasnya,Pandangan skeptikal ( ragu-ragu). Manifestasi kemunafikan dimana seorang liberalis tidak mahu dikatakan kafir walaupun dirinya tidak lagi berpegang dengan ajaran Islam. Contohnya organisasi NGO : Sister In Islam : Zainah Anwar antara tokoh SIS membenci poligami .Tokohnya Aminah Wadud menjadi imam solat berjemaah dengan bercampur antara lelaki dan perempuan Contoh individu : Irsyad Manjil iaitu tokoh akademik di Indonesia >Menyokong perkahwinan sejenis . Akal sebagai wahyu . Kata Dr Nicholas Madjid : iblis kelak akan masuk syurga bahkan di tempat tertinggi kerana dia tidak mahu sudud kecuali kepada Allah s.w.t sahaja dan inilah tauhid yang murni.

} Pluralisme ialah Satu fahaman yg menyamaratakan semua agama.Mengikut fahaman ini, agama-agama besar dunia iaitu Islam, Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu dan lain-lain terbahagi kepada dua struktur utama iaitu luaran dan dalaman.Agama-agama ini menurut mereka pandangan mereka hanya berbeza pada struktur luaran sahaja manakala struktur dalamannya adalah sama iaitu menuju kepada tuhan yang sama. Contohnya filem gubra. Iklan raya tv3..


Em..banyak lagi nak citer ni tentang subjek yang amat bermakna pada semester ni..Ini ialah asgment group. Dipersilakan bagi sesiapa yang ingin buat rujukan.. \(^_^)/

PENYEBARAN SEKULARISME OLEH MUSTAFA KAMAL ATATURK DI TURKI DAN KAITANNYA DENGAN PENGARUH ORIENTALIS

Latar Belakang Kamal Atartuk

Kamal Atartuk merupakan pemerintah Turki Uthmaniyah. Nama sebenar Kamal Atartuk ialah Mustafa Kamal Atartuk tetapi beliau tidak menyukai nama Mustafa kerana Mustafa adalah nama Islam. Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880 M) di Bandar Salonika. Hari dan bulan beliau dilahirkan tidak dapat dikenalpasti dengan jelas kerana beliau dilahirkan dari keluarga yang meninggalkan tradisi Islam. Dikatakan bahawa keluarga Atartuk beragama Islam tetapi melalui maklumat yang diperolehi oleh pengkaji-pengkaji tidak dapat mengesahkan bahawa mereka beragama Islam kerana keluarga Kamal Atartuk tidak mempunyai senashkah Al-Quran. Tradisi orang Turki, pada hujung abad-19 menjadi amalan bahawa mereka akan mencatatkan kelahiran anak-anak pada nashkah Al-Quran tetapi keluarga Kamal Atartuk adalah sebaliknya.

Kamal Atartuk diberi gelaran Al-Ghazi yang bermaksud orang yang memerangi kerana Kamal merupakan salah seorang pemerintah yang berusaha untuk merosakkan umat Islam di Turki. Kamal dikenali sebagai Atartuk bermaksud bapa orang Turki dan beliau merupakan orang yang bertanggungjawab meruntuhkan kerajaan Turki Uthmaniyah pada tahun 1343H (1924M). Bapa Kamal ialah Ali Riza Afandi yang merupakan pengawal di Jabatan Kastam. Kamal mendapat pendidikan dan diasuh dari kecil dengan pemikiran sekular. Menurut pendapat pengkaji lain menyatakan Kamal merupakan anak luar nikah yang telah diprogramkan Yahudi untuk menghancurkan kerajaan Islam. Rancangan ini dijalankan dengan teliti oleh Yahudi untuk menyebarkan pemikiran yang sekular dalam kalangan umat Islam sehingga lahirnya golongan orientalis yang berperanan meracuni pemikiran umat Islam sehingga kini. Perkembangan rancangan yang telah dibuat oleh pihak Yahudi adalah melalui perjanjian dunia Barat yang ingin menjadikan dunia Islam sebagai objek untuk dimusnahkan. Mereka ingin mensekularkan dunia Islam dengan menyebarkan ideogi mereka yang telah dipendam selama ini seperti yang dilakukan oleh Kamal Atartuk sendiri di negara Islam Turki.

Ketika berusia 12 tahun, Kamal bersekolah di sekolah Tentera di Salonika dan seterusnya beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885 M). Kemudiannya, beliau ditugaskan di Kem Tentera Batalion Ketiga di Salonika. Kejayaan dalam latihan ketenteraan yang diperolehi telah mengaburi mata Sultan Uthmaniyah sehingga beliau mampu menjatuhkan pemerintahan sultan-sultan Uthmaniyah. Beliau hanya hidup sebatang kara iaitu bersendirian tanpa isteri dan anak-anak kerana beliau telah ditinggalkan oleh isterinya. Isterinya yang bernama Latifa hanya sempat hidup bersama Kamal selama 1 tahun kerana tidak tahan dengan sifat fasik beliau yang suka berfoya-foya. Hal ini menyebabkan rakyat terpaksa menerima pemikiran, ajaran dan kehidupan secara Barat ketika pemerintahan beliau maka telah berlaku penjajahan pemikiran terhadap rakyat iaitu fahaman sekular (sekularisme). Firman Allah s.w.t.:

[1]…dan mereka hanyalah membinasakan diri mereka sendiri, sedang mereka tidak menyedari.”

Pembantu Atartuk iaitu Armstrong melalui penulisan dalam bukunya “Al- Zi’bu al- Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah” menyatakan bahawa Atartuk dan nenek moyangnya merupakan Yahudi yang telah melakukan perpindahan ke Bandar Salonika yang dahulunya mereka tinggal di Sepanyol dan keluarga Atartuk dikenali sebagai Yahudi Dunnama. Mereka menyatakan kepada orang ramai bahawa mereka beragama Islam pada zahirnya tetapi sebenarnya mereka adalah penganut Yahudi secara senyap-senyap. Golongan ini mempunyai perancangan tersendiri dalam menghancurkan kerajaan Turki Uthmaniyah. Hal ini diakui oleh Presiden Israel, Yitzak Zifi didalam bukunya Dunnama pada tahun 1377H (1957M). Ada sesetengah golongan ini yang menganggap diri mereka sebahagian daripada Bani Israel (kumpulan Dunnama) iaitu Islam pada zahir tetapi batinnya masih mengamalkan agama Yahudi. Mereka berusaha mencelup Turki dengan warna sekularisme dan liberal supaya tidak terdapat “wajah” Islam di Turki.

Sekularisme boleh juga disamakan dengan [2]Al-Ghazwul fikri yang merupakan satu gerakan yang ditubuhkan oleh orang Yahudi dengan orang bukan Islam atau dunia Barat yang bertujuan untuk menghancurkan Islam. Gerakan ini dikatakan sebuah teknik propaganda yang hebat melalui segala jalan baik kasar atau halus, baik secara kebudayaan atau ilmiah, agar orang Islam berubah dari pangkal agamanya dan dengan tidak disedarinya dia berfikir bahawa untuk menjadi maju adalah meninggalkan pemikiran Islam. Untuk itu tidak perlu menukar agama. Biar tetap menjadi orang Islam tetapi tidak lagi meyakini dan melaksanakan ajaran Islam. Gerakan ini dipelopori oleh Kamal Atartuk sendiri kerana beliau adalah pemerintah pertama yang mempraktikkan ajaran ini. Dia berusaha memutuskan hubungan “bangsa” Turki sebagai “bangsa “ Arab.

Rancangan yang mereka lakukan adalah bertujuan untuk menghilangkan dan melonggarkan jihad Islam yang telah ada dalam hati kaum muslimin sendiri. Orang Barat bercita-cita untuk menjadikan kaum muslimin merupakan orang yang paling takut, benci dan anti kepada Islam jika agama Islam dijadikan dasar kepada kehidupan dan pembangunan negara. Hal ini boleh dilihat di negara-negara Islam yang lain seperti Malaysia, Indonesia dan sebagainya. Sesetengah rakyat di negara tersebut, pemikiran mereka telah berjaya dijajah oleh orang Barat melalui gerakan Al-Ghazwul Fikri.

Orang Barat berjaya mensekularkan umat Islam di Turki melalui Kamal Atartuk yang merupakan seorang pendokong orientalisme yang cuba menghancurkan Islam.

PENGARUH MUSTAFA KAMAL ATTATURK

Mustafa Kamal Ataturk yang dianggap sebagai tokoh revolusi Turki telah meninggalkan pengaruh yang sangat besar kepada rakyat Turki dan negara Turki itu sendiri. Melalui Gerakan Turki Muda dibawah pimpinannya yang bergerak untuk memodenkan Turki, beliau telah berjaya membangkitkan semangat nasionalisme dikalangan rakyat Turki. Gerakan Turki Muda atau The Young Turks ini sebenarnya ditubuhkan dengan bantuan Gerakan Freemason. Golongan Turki Muda di bawah pimpinan Mustafa Kamal telah menjaja ideologi nasionalisme bagi menggantikan Gagasan Pan-Islamisme. Ideologi nasionalisme yang dibawa ini bukan sahaja mempengaruhi rakyat Turki, tetapi juga telah membangkitkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara termasuk di Tanah Melayu ketika itu. Kegiatan Gerakan Turki Muda telah memberi perangsang kepada golongan kaum muda di Tanah Melayu untuk menentang British dan kemudiannya mereka menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1938.

Mustafa Kamal juga dianggap sebagai sumber kejayaan wanita Turki. Ini kerana beliau telah memberikan hak kebebasan kepada golongan wanita terutamanya dalam bidang pendidikan dan politik. Pendidikan telah menjadi fokus utama Atartuk. Beliau mahu golongan wanita turut memberi sumbangan kepada negara. Oleh yang demikian beliau sangat menekankan wanita untuk menuntut ilmu. Beliau pernah mengungkapkan kata-kata “ Wahai wanita menangilah peperangan melalui pendidikan, nescaya lebih banyak yang boleh engkau sumbangkan kepada negara berbanding kami. Kami merayu kepada kamu.” Melalui ungkapannya ini menunjukkan beliau sangat mengharapkan wanita menguasai bidang pendidikan. Melalui dasarnya ini, Ataturk telah menjadi sumber inspirasi bagi wanita Turki sehingga melahirkan beberapa tokoh wanita seperti Sabiha Gokcen iaitu wanita pertama yang menjadi juruterbang pesawat perang di dunia dan Safiye Ali yang merupakan doktor wanita pertama di Turki.

Penyertaan wanita dalam bidang politik turut menjadi tumpuan utama Ataturk ketika itu. Beliau percaya bahawa hak untuk mengundi dan dipilih menjadi pemimpin perlu diberikan kepada golongan wanita kerana demokrasi telah menetapkan bahawa ada kepentingan yang perlu wanita pertahankan dan ada tanggungjawab sosial yang perlu wanita laksanakan terutama mengenai pekara-pekara yang berkaitan dengan wanita seperti hak kebajikan wanita dan sebagainya. Pada 5 Disember 1934 Mustafa Kamal Ataturk telah mengumumkan bahawa Turki memberikan hak kebebasan berpolitik sepenuhnya kepada golongan wanita. Hasil daripada dasar itu, lahirlah beberapa tokoh wanita dalam bidang politik, antaranya ialah Nezihe Muhittin iaitu pengasas parti politik wanita pertama di Turki.

Sejarah dunia melihat bahawa Mustafa Kamal Ataturk adalah seorang tokoh revolusi Turki yang telah berjaya membawa kemajuan yang pesat ke atas negara Turki. Namanya harum sebagai bapa pemodenan Turki. Namun demikian sejarah Islam membuktikan bahawa Ataturk adalah seorang pengkhianat. Beliau merupakan orang yang bertanggugjawab meruntuhkan kerajaan Khalifah Islamiah pada 3 Mac 1924 bersamaan 28 Rejab 1343H.

Pada kemuncak kekuasaannya, Mustafa Kamal Ataturk telah mengishtiharkan Turki sebagai sebuah negara republik sekular. Ideologi sekularisme yang dibawa Mustafa Kamal Ataturk sangat hebat dan ketara pengaruhnya kepada rakyat dan negara Turki. Ini dapat dibuktikan apabila Menteri Dalam Negeri Turki pada tahun 1937 telah berkata “Dengan sekularisme kita telah membuat kepastian bahawa agama Islam tidak mempengaruhi urusan negara, biarlah agama tinggal di masjid-masjid dan di tempat ibadah sahaja. Biarlah ia tidak keluar dari dunianya.” Sekularisme ini sangat bertentangan dengan Islam kerana Islam adalah agama yang mencakupi segenap kehidupan manusia tiada pemisah antara agama dengan urusan dunia. Ataturk sebenarnya adalah salah seorang musuh Islam yang ingin menghancurkan Islam dari dalam.

IDEOLOGI MUSTAFA KAMAL ATATURK TERHADAP ISLAM

Zaman pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk telah mencalar keutuhan agama Islam yang bertapak di Turki semenjak kegemilangan pemerintahan Daulah Khilafah Islamiyyah lagi. Pelbagai muslihat yang berbau sekular dan liberal cuba disusup dalam setiap ajaran Islam di Turki.

Pelan perancangan jahat oleh Mustafa Kamal Ataturk telah dirancang dengan amat teliti oleh Yahudi untuk menghancurkan sistem khalifah . Beliau telah disokong oleh beberapa individu yang menjadi tulang belakang perjuangannya iaitu Midhat Pasha , Hasyim Nahun, Ibrahim Taimu , Mehmed Djavid dan orientalis-orientalis Barat . Mereka adalah pelopor Gerakan Turki Muda atau “The Young Turks”. Melaui The Young Turks Kamal Ataturk telah meluaskan pengaruhnya dalam jangkamasa 10 tahun. Dalam Perang Dunia Pertama,beliau dikatakan berjaya memimpin angkatan tentera Turki mempertahankan wilayah Turki dari serangan Eropah iaitu Greece, Itali dan Perancis. Namun hakikatnya, Eropah berundur setelah Kamal Ataturk bersetuju dengan syarat-syarat mereka, antara syarat-syaratnya Turki mesti menghapuskan Khalifah Uthmaniyah dengan mengusir khalifah dari Turki dan menyita hartanya.

Menteri Luar Negeri Inggeris Lord Cruzon telah menyatakan di Dewan Parlimen Inggeris:

“Kita sudah lenyapkan Turki dan selepas ini ia tidak akan muncul lagi. Sebab kita telah memusnahkan dua kekuatannya, iaitu Islam dan khalifah”.

Yahudi sedar jika kekhalifahan masih diterima oleh umat Islam , mereka akan bersatu walaupun mereka berasal dari berbagai bangsa, umat Islam mengakui sultan sebagai khalifah bagi seluruh kaum muslimin. Melalui kajian para orientalis terhadap Islam, maka mereka sangat mengetahui kepentingan khalifah terhadap umat Islam. Mereka telah mengatur strategi yang sangat teliti demi menghapuskan sistem khalifah di Turki.

Musuh-musuh Islam Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Uthmaniah Meclis-i Mebusan melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi( wakil rakyat Armenia), Laz Arif Hikmet Pasha (anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Angkatan Laut Uthmaniah), serta Arnavut Esat Toptani iaitu wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan. Mereka telah menemui Sultan Abdul Hamid dan mengatakan usmmah telah memecat baginda. Baginda menerima jika ummah memecat baginda tetapi berasa hairan dengan campurtangan Emmanuel Carasso. Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu.

Seterusnya, melalui bantuan Freemeson iaitu sebuah organisasi Yahudi kebangsaan yang sangat bersifat rahsia. Freemason dicetuskan oleh para Ksatria Templar (Pejuang Salib) yang pulang ke Eropah dari Jurusalem setelah kalah dari perang salib. Pertubuhan ini kini wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia dan berselindung atas dasar kebajikan serta media massa yang juga didalangi oleh Yahudi, penyiaran berita mengenai keburukan Sultan Abdul Hamid Bin Abd Majid (1842-1918) dibesar-besarkan. Sultan dicap sebagai pengkhianat bangsa kerana boros, ketagih arak dan wanita , jumud dan anti kemajuan.

Selepas itu, Sultan Abdul Hamid dijatuhkan tahta pada tahun 1909 dan dipenjarakan di Salonika sehingga akhir hayatnya.

“Pemain utama” dalam menghancurkan Islam di Turki adalah didalangi oleh Yahudi laknatullah melalui pengkajian mereka terhadap dunia Islam. Mereka sangat berbangga dengan keturunan dan agama mereka sehingga memandang jijik dengan agama dan bangsa lain.Umpamanya orientalis Yahudi, Theodor Noldeke (1836-1931)dia turut membantu mewujudkan projek penyusunan indeks manuskrip-manuskrip Turki yang mencapai 200-300 manuskrip. Noldeke sebenarnya mengembangkan pemikiran Abraham Geiger yang mengatakan bahawa Al-Quran terpengaruh agama Yahudi. Pertama, dalam hal-hal yang menyangkut keimanan dan doktrin. Kedua, peraturan-peraturan hukum dan moral dan ketiga tentang pandangan terhadap kehidupan. Pada tahun 1833 Geiger menulis karya dalam bahasa Jerman dan dialihkan dalam bahasa Inggeris berjudul “What Did Muhammad Borrow from Judaism?”

Seterusnya, setelah usaha menjatuhkan tahta khalifah telah berjaya. Maka telah tiba usaha untuk mensekularkan Turki. Kerajaan telah menukar azan ke dalam bahasa Turki. Islam diturkikan (Turkinisasi), sehingga azan telah dilaungkan dalam bahasa Turki: “Allah buyuk”, maksudnya Allahu Akbar. Hal ini dilakukan adalah untuk memisahkan urusan dunia dan agama (inilah sekularisme) kerana huruf Arab kolot dan huruf Latin adalah moden. Termasuk juga mengubah ucapan “ Assalamualaikum” kepada “ Marhaban bikum” (selamat datang)

Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi, tetapi 50% Bahasa Turki adalah terdiri daripada Bahasa Arab. Oleh itu, rangcangan untuk menghapuskan Bahasa Arab didalam Bahasa Turki adalah gagal. Maka kerajaan telah memutuskan bahawa Bahasa Turki yang dipinjam dari Bahasa Arab adalah Bahasa Asli Turki bukan Bahasa Arab(Hamka, 2009). Slogan Kamal Ataturk “Garbie Doegroe”, ertinya “berarak menuju Barat” ini sangat berkuah darah. Beliau sewenang-wenangnya membunuh ratusan ribu rakyat Turki hanya kerana mereka tidak menerima huruf Latin dan tidak memakai topi Barat.

Disamping itu, Kamal Ataturk telah Menukar Masjid Aya Sophia (Hagia Sophia dalam Bahasa Turki) kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja . Semasa pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh, Masjid Aya Sophia adalah Masjid yang menjadi kebanggaan rakyat Turki. Namun , setelah Kamal Ataturk memerintah maka masjid tersebut telah ditukar kepada muzium . Ia bertujuan mengelakkan rakyat Turki untuk tidak bersolat jemaah dan mengelakkan tertubuhnya kumpulan-kumpulan sufi atau tareqat yang akan mengancam pemerintahan beliau. Selain daripada itu, beliau telah menukarkan masjid kepada gereja berikutan beliau adalah seorang munafik kerana bepura-pura memeluk islam sedangkan hati tetap bencikan Islam dan kufur kepada Allah.

Pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk juga telah menindas, memenjarakan dan membunuh ulama-ulama yang menentang perancangannya. Ramai ulama yang masih teguh dengan amalan-amalan mereka dibunuh terutama ulama –ulama sufi dari pelbagai tareqat contohnya, halaqah-halaqah tareqat Naqsyabandiah, Syeikh Said , yang digantung di khalayak ramai , iaitu di hadapan masjid bandar Diyarbekir atas tuduhan menyokong pemberontakan kaum Kurdis. Selain itu, kumpulan tareqat Qadiriyah dan Ghazaliah, mereka juga dianggap seperti kumpulan rahsia yang merancang untuk menjatuhkannya daripada tampuk pemerintahan. Ini dapat dilihat sepertimana kata-kata beliau di dalam sebuah buku yang bertajuk “Ataturk’s Republic of Culture” yang boleh didapati di mana-mana kedutaan Turki yang mana beliau telah menyatakan bahawa republik Turki tidak akan didiami oleh syeikh-syeikh dan ahli-ahli tareqat yang bersangkut paut dengan alam kerohanian. Dengan kuasa yang ada, Kamal Ataturk telah membuat dasar pelaksanaan negara melalui ideologi sekularnya yang jauh menyimpang dari ajaran Islam. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah S.A.W:

Dari Abu Ya’la ra. bahwasanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Tiada seorang penguasa yang mengatur urusan umat Islam, lalu tidak bersungguh-sungguh menasihati / mengaturnya (sesuai dengan syariat Islam) dan tidak memperhatikan keperluan mereka, kecuali tidak masuk Syurga bersama mereka

[HR. Muslim]

Di samping itu, kerajaan Turki mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Jelas sekali Kamal Ataturk bukan sahaja menolak dasar Islam, bahkan beliau ingin Islam itu dilucutkan terus dari jasad dan fikrah rakyatnya dengan mengisytiharkan bahawa saki baki nilai-nilai Islam dalam masyarakat Turki mesti dimansuhkan demi kemajuan negara. Namun apa yang dikatakan kemajuan oleh Kamal Ataturk jelas sama sekali tidak menampakan tandanya. Contohnya bandar Istanbul kekal lebih maju daripada bandar Ankara yang hanya dipenuhi dengan pusat-pusat hiburan berbanding dengan Istanbul yang dipenuhi dengan binaan-binaan masjid yang hebat. Kini Ankara hanya mempunyai kemajuan gersang dan selama ini rakyat Turki tertipu oleh omongan-omongan kosong Kamal Ataturk. Golongan yang masih teguh pendiriannya terhadap Islam mengatakan bahawa Ankara adalah bandar kemungkaran. Seperti yang pernah dinyatakan oleh Profesor Necmettin Erbakan, “…Istanbul adalah ibu kota ummah, sedangkan Ankara hanyalah ibu kota Republik”.

Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki. Sebagai menandakan Turki adalah sebuah negara maju, terdapat banyak binaan tugu-tugu dan patung-patung di dalam negara di mana binaan-binaan ini dimegah-megahkan dan disanjung tinggi terutamanya patung ukiran dirinya sendiri sehingga beliau sanggup menjemput arkitek-arkitek dari luar negara untuk mengaburi mata rakyat bahawa beliau ingin memajukan Turki. Dengan dasar dan idea ini jelas sekali Kamal Ataturk ingin membuktikan bahawa beliau juga adalah seperti Firaun Ramses II yang memerintah Mesir dengan suka bermegah-megah bersama binaan Sphinx dan pir, sehingga Allah menenggelamkan Firaun itu bersama keangkuhannya di dasar Laut Merah. Bukan itu sahaja, projek yang membazir juga diusahakan dengan menggunakan wang yang banyak seperti membesarkan tempat-tempat berpeleseran, sehinggakan apabila tiba waktu untuk beribadat, masjid lengang dan kosong. Kebanyakannya manusia lebih suka menjalankan aktiviti masing-masing di tempat tersebut bahkan azan yang dilaungkan oleh muazzin dianggap seperti tidak bernila Beliau hanya membaratkan pemikiran rakyat Turki tetapi bukan negara Turki.

Si Firaun moden ini juga telah membuang agama Islam sebagai agama rasmi negara.Dasar pelaksanaan yang diutamakan di dalam negara Republik Turki adalah tidak mengambil Al-Quran dan Hadis sebagai perlembagaan negara. Sudah pasti dasar-dasar ini jauh menyimpang dari dasar Khilafah Uthmaniyah dan juga bukti beliau menolak pegangan akidah umat Islam secara total. Salah satu daripada siri ucapannya di bandar Balikesir, beliau menegaskan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian bahkan mendakwa Nabi Muhammad SAW telah berbuat demikian. Secara jelas beliau cuba menyeleweng dan menyesatkan rakyat.

Dari Abu Ya’la ra. bahawasanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang pemimpin yang memikul amanah Allah berupa rakyat kecil, lalu mati ditengah-tengah rakyat yang ditipu olehnya, kecuali Allah mengharamkan baginya Syurga [HR. Bukhari dan Muslim]

Beliau juga mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Ataturk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu. Firman Allah di dalam Kitabul Aziz:

“Wahai orang orang yang beriman,Allah turunkan kepada rasulNya ,serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Sesiapa yang kafir kepada Allah,malaikat-malaikatNya,rasul-rasulNya dan hari kemudian ( akhirat ) maka sesungguhnya orang itu dalam kesesesatan yang jauh ( Surah al-Annisa’ (ayat 136)

Mengharamkan pakaian khas bagi wanita Turki iaitu “sharshaf”. Pemakaian sharshaf iaitu jubah dan purdah yang kebiasaannya berwarna hitam merupakan pakaian khas oleh wanita Turki. Sedangkan pakaian ini bukan sahaja pakaian budaya, tapi pakaian yang memenuhi tuntutan menutup aurat yang mencerminkan kesantunan Islam terhadap wanita .Satu lagi ucapan daripada siri ceramahnya, beliau menegaskan bahawa mana mungkin sebuah negara menjadi maju, jika orangnya tidak berpakaian secara moden. Katanya, “saya pasti pakaian berpurdah ini adalah suatu yang menyeksa dan menyakitkan, biarkan mereka tunjukkan muka-muka mereka kepada dunia dan tidak ada apa yang perlu yang ditakutkan jika anda tidak berpurdah (menutup kepala)!”

Tambahan pula, kerajaan mengharamkan pemakaian tudung ke atas muslimah-muslimah di sekolah agama, pejabat kerajaan, universiti, dan istana Presiden. Sehingga ke hari ini Turki masih memperjuangkan ideologi Kamal Ataturk. Contohnya,mahkamah Turki membatalkan keputusan Parlimen yang meluluskan pencalonan Menteri Luarnya, Abdullah Gul untuk menjadi Presiden Turki yang baru.Hujah penolakan itu ialah isteri Abdullah Gul bertudung. Dengan alasan itu membuktikan Abdullah adalah seorang konservatif Islam. Ia bahaya bagi fahaman sekularisme yang menjadi ideologi negara Turki. Perlembagaan Turki memperuntukkan ideologi sekularisme yang diasaskan oleh Kamal Ataturk tidak boleh diganggu gugat. Tentera, mahkamah dan universiti diberi kuasa untuk mematahkan mana-mana pihak yang mengancam sekularisme. Contoh lain,parti yang memerintah Turki yang mengadakan mesyuarat tergempar semalam menolak keputusan Mahkamah Perlembagaan yang membatalkan undang-undang membenarkan pemakaian tudung di universiti.Mahkamah Perlembagaan pada Khamis lalu membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) bagi membenarkan pemakaian tudung di universiti dengan alasan ia bertentangan dengan sistem sekular negara.Naib Presiden AKP, Dengir Mir Mehmet Firat berkata, keputusan mahkamah itu ‘mencabul’ pemisahan kuasa apabila mengetepikan undi majoriti di Parlimen yang meluluskan undang-undang itu(Ankara 7 Jun,2010 Vatan News).

Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki. Beliau mengarahkan Al-Quran dicetak ke dalam Bahasa Turki. (He rooted out islam’s pervasive impact on the institutions of Turkey, but he personally ordered that the Koran should be translated into Turkish). Walaupun pelbagai pihak tidak bersetuju dengan pelaksanaan ini, namun ia tetap dilaksanakan.

Mewasiatkan bahawa selepas kematian beliau Turki hendaklah dipimpin oleh British. Begitulah sikap pemimpin yang cuba membaratkan umat Islam dan buminya sepertimana yang terdapat di dalam buku “Ataturk’s Republic of Culture”, “…The movement of the through the centuries always maintained a straight course. We have always marched the East to West.”

Kamal Ataturk cuba menghancurkan Islam dengan pelbagai sudut ,termasuk dari segi sejarah Islam dengan melarang sejarah kegemilangan kerajaan Islam yang lepas daripada didedahkan kepada orang ramai. Berbekalkan sokongan Yahudi dan fahaman sekular yang dibawanya ,beliau cuba menutupi dan menyembunyikan tokoh-tokoh Islam yang menulis sejarah dengan tinta emas. Pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir dan gema kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki itu berjaya ditembusi oleh tentera Muhammad al-Fateh.Suatu yang menakjubkan, tentera Sultan Muhammad al-Fateh telah membawa kapal-kapalnya masuk ke perairan Tanduk Emas merentasi bukit melalui jalan darat.

Taktik peperangan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini. Tentera Uthmaniyah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari Selat Bosphorus ke Tanduk Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Sedangkan mereka terpaksa melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak yang melebihi tiga batu. Sultan Muhammad al-Fateh ialah sultan ketujuh Khilafah Islamiah Uthmaniyah. Beliaulah pembuka kota Constantinople atau yang dikenali hari ini sebagai Istanbul. Ketika itu beliau baru menjangkau usia 26 tahun. Peperangan yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari. Keadaan inilah yang pernah dibayangkan oleh baginda S.A.W. ketika dalam perang Khandak. Antara lain baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya.”

Pengasas kerajaan Uthmaniyah Sultan Osman Gazi dan Sultan Murad juga adalah sultan yang disegani dengan sifat warak, zuhud dan berjiwa sufi. Orang yang sebeginilah yang ingin dihapuskan oleh Kamal Ataturk di dalam jiwa generasi muda Turki. Generasi muda Turki dibiarkan tenggelam dalam arus kemodenan dan kemaksiatan ,supaya tiada siapa yang dapat menghalang kuasanya untuk mensekularkan Turki. Beliau sedar apabila generasi muda mempelajari dan menghayati sejarah Islam negara mereka, tidak mustahil ada yang bangun untuk memberontak dan menggulingkannya. Pihak orientalis cuba memutarbelitkan sejarah Islam di Turki dan mengagung-agungkan Kamal Ataturk sebagai “Bapa Pemodenana Turki” iaitu pejuang sebenar umat Islam di Turki.

Antara ideologi dan kemungkaran Kamal Ataturk yang lain ialah:

* Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak Barat).

* Membolehkan wanita memakai tudung dengan syarat pakai “skirt”.

* Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

* Menggalakkan minum arak secara terbuka.

* Mengharamkan pendidikan agama di sekolah-sekolah.

* Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin .

* Menghapus penggunaan kalendar Islam.

* Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.

KEMATIAN

Pengkhianatan yang dilakukan oleh Kamal Atartuk terhadap umat Islam Turki adalah amat jelas dan ia dikatakan amat dahsyat sekali. Kejahatan dan keingkarannya menentang Al-Quran dan Al-sunnah pada zaman ini telah diabadikan dalam sejarah sepertimana kejahatan yang dilakukan Firaun dan Namrud yang menentang ajaran Nabi Musa a.s. dan Nabi Ibrahim a.s.. Akibat daripada pengkhianatan yang dilakukan oleh mereka, Allah s.w.t. telah menurunkan seksa yang setimpal dangan kejahatan mereka ketika saat kematian. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t.:

[3]Dan barangsiapa membawa kejahatan, maka disungkurkanlah wajah mereka ke dalam neraka. Kamu tidak diberi balasan melainkan (setimpal) dengan apa yang telah kamu kerjakan.”

Hal ini terbukti apabila Kamal Atartuk telah mengalami seksa amat dahsyat menjelang saat kematiannya. Pada 9 November 1938, beliau pengsan selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sebelum kematiannya iaitu ketika akhir-akhir hayatnya dalam menghadapi sakaratulmaut, dia menderita kesakitan kerana telah dibawa ke tengah-tengah laut dengan botnya. Kamal telah menghadapi pelbagai bala dan dia mengalami penderitaan yang menyeksakan akibat daripada kejahatan yang telah dilakukannya. Kematiannya berpunca daripada pelbagai penyakit seperti penyakit kulit, sakit jantung dan tekanan darah tinggi dan dia meninggal dalam keadaan yang menghinakan. Mayatnya juga tidak diuruskan secepat mungkin kerana mayatnya diawet 9 hari 9 malam dan pengurusan mayat Kamal dilaksanakan setelah didesak adik perempuan beliau. Adiknya memanggil ulama Turki untuk menguruskan jenazah abangnya.

[4]Jenazah Kamal diawet sekali lagi dimasukkan ke muzium yang diberi nama Etnagrafi sehingga tahun 1953. Setelah 15 tahun ,mayatnya diletakkan di dalam keranda timah dan dibawa pula ke bukit Rasat-tepe di Ankara dan ditanam dalam satu kotak marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam dicelah-celah batu tersebut kerana mayat tidak diterima bumi.

Jelaslah bahawa Kamal merupakan pengkhianat terhadap agama Islam kerana dia cuba mengubah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah dan inilah akibatnya menentang kebenaran. Sesiapa yang menentang kebenaran yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. pasti akan musnah. Bala yang yang ditimpakan, kadangkala tidak akan terfikir oleh manusia.

KESIMPULAN

Tuntasnya, kehadiran Mustafa Kamal Atartuk pada asalnya yang dianggap membawa sinaran baru serta arus kemodenan bertukar menjadi sejarah hitam yang merobek jantung akidah masyarakat Turki. Kejatuhan sistem khilafah yang terakhir dipertahankan akhirnya terhumban di tangan orang yang munafik. Bila diimbas kembali bagaimana semasa Kamal Atatuk menjadi panglima perang , beliau mengadakan hubungan yang erat dengan ulama di Turki. Disebalik itu tersembunyi satu perancangan jahat bersama Yahudi yang membawa ideologi-ideologi sekular dan liberal. Semua perkara yang dilakukan menyimpang jauh dari agam Islam. Peranan orientalis pula menggambarkannya sebagai penyelamat kerajaan Turki ketika itu. Betapa ramai rakyat yang lemah pegangan ajaran Islam sehinggakan walaupun selepas kematian Kamal Atartuk, mereka menangisi dan masih mengamalkan amalan serta cara pemakaian yang dibawanya. Mengimbau kembali zaman kebangkitan nasionalisme ditanah Melayu adalah salah satu pengaruh dari Turki iaitu gerakan Turki Muda. Setelah lamanya barulah kita menyedari peranan orientalis dalam media massa dan eletronik ketika itu. Memang ada faedah bagi yang ada semanagat nasionalisme , berjuang untuk membebaskan diri daripada cengkaman penjajah namun kita melupakan sistem khilafah yang telah berakhir. Benarlah hadis Nabi S.A.W: “Islam itu datangnya asing, dan akan kembali asing”. Semoga peristiwa yang menimpa Mustafa Kamal Atartuk mejadi pengajaran kepada seluruh umat Islam di dunia. Allah akan sentiasa menghantar sekumpulan golongan yang akan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kitalah yang rugi jika kita melarikan diri dari tugas sebagai khalifah di muka bumi ini.

RUJUKAN

Azran, M. H. N., & Mahadi, H. I. H. M, 2009, Gerakan Orientalisme& Kristianisasi: Ancaman Kepada Ummah. Hijjaz Records Publishing,Kuala Lumpur.

Hamka,Cetakan Terkini 2009, Umat Islam Menghadapi Tentangan Kristianisasi Dan Sekularisasi, Pustaka Dini ,Selangor Darul Ehsan.

Pahrol Mohamad Juoi, 1994, Kamal Ataturk: Ideologi Dan Kesannya Ke Atas Rakyat Turki,Penerbitan Hikmah, Kuala Lumpur.

Sulaiman Noordin, 1995, Islam,Al-Quran dan Ideologi Masa Kini, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

http://www.utusan.com.my (‘Kemal Ataturk ‘bebaskan’ wanita Turki’ )

http://1khilafah.wordpress.com

http://ms.wikipedia. Org / wiki / Freemason

http://www.harunyahya.com / globalfre emasonry_ pengenalan. php

disediakan oleh student la ni..

Nadiea Ismail

Jumailiah Barah

Siti Nor Ain Mayan

Maryam Abd Wahab

Norhidayati Nadiha Mukri

Ijazah Sarjana Muda Sains Social (Antropologi Dan Dakwah) Sem 5

University Sultan Zainal Abidin. Terengganu

12-11-10, 12.45 pm

2 ulasan:

HaDi berkata...

salam ustazah...

pnjg nye...
bhgian intro mcm biasa...
tgh2 dia dah masuk sejarah turki...huh...
ustzh,pembace blog bkn sume ade exam tau..huhu

nadya solahuddin- "mengukir rasa hati disini" berkata...

lorrr..
ni asgment ana ni..abdikan disini..huhu..
ilmiah la katakan ckit.. buleh la nak baca2 cket..
enta syeikh..xsemestinya masuk exam nih :D