25 Sep 2009

belajar je kew..berdakwah camnew..


SALAM UKHWAH FILLAH..

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Al-Nahl: 125)


untuk kali ini..kesedaran dalam belajar jurusan sains sosial ni..membuat sis terpanggil sekali lagi n mungkin berkali2 lagi akan datang untuk menyebarkan tuntutan n seruan dakwah..fokus pengajian sis ,antropologi dan dakwah..separuh kajian org asli dan kemasyarakatan dan separuh lagi berkaitan dengan dakwah..

syukur wal hamdulillah..asalnya ingin tukar kos dakwah@usuluddin sbb sayangkan bahasa arab..kos yg diambil sekarang ni pula..semua bm..namun ALLAH tetapkan hati dijalan penuh mehnah ni..bukan senang nak dakwah pada golongan yg kurg beragama ni..islam pada nama jew..

Syeikh Ali Mahfuz – murid Syeikh Muhammad Abduh memberi batasan dakwah sebagai:-

“membangkitkan kesedaran manusia di atas kebaikan dan bimbingan, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat mungkar, supaya mereka beroleh keberuntungan kebahagiaan di dunia dan akhirat”

kerana ungkapan sebeginilah..memberi kekuatan untuk mengharungi badai..mungkin ada sesetengah tak puashati,namun kita yg belajar agama ni..teruskan memberi kemaafan diatas cacian dan hinaan..moga allah melindungi kita dari fitnah dunia..

dari sem1 hingga sekarang..dah bljr tentg fiqh sirah,fiqh dakwah.fiqh aulawiyat,methodologi dakwah,komunikasi dakwah,ulama komuniti..begitu..hikmah disebalik kesabaran..banyak ilmu yang diperolehi..rugi sangat rasanya bagi manusia yang tak kenal erti ilmu..tak mengamalkan apa yang belajar..ibarat pokok kayu reput..xberguna..

lagi kefahaman tentang dakwah..belajar pula ilmu sosiologi, antropologi, komunikasi, bahasa, ekonomi, hubungan etnik n tamadun islam n asia..kalu dipikir balik kos ni macam rojak buah..xtau nak fokus yang mana..hakikatnya..ilmu yang banyak ni..kurniaan ilahi hanya untuk hamba2nya yang pandai berfikir..susah kalu belajar ikut kawan.. bab kata ust fauzi hasan(musyrif tesis) sis, "belajar ni kalu xikhlas,xpe..sebab bila kita faham ilmu..automatik ikhlas dah..sebab ilmu ni dari Allah" ya Allah begitu besar kurniaanMU..


Menyeru manusia kepada Allah swt adalah satu kemuliaan yang besar kepada pendukung dakwah.

Firman Allah swt:-

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah swt, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri” (Al Fushilat : 33)

Menyerukan manusia kepada Allah swt menghasilkan pahala dan ganjaran yang besar dan tidak ternilai sebagaimana pengakuan Rasulullah saw:

“Jika Allah swt memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari” (H.R. At Tabrani)

Begitu juga sabda Nabi saw yang bermaksud:

“Orang yang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berkeliling di muka bumi dengan menasihati orang lain” (H.R. At Thahawi)

sis mengharapkan..diistiqamahkan didalam jalan dakwah..musuh dari kalangan manusia lebih dahsyat dari syaitan..mereka jahat yang terselindung disebalik senyuman agama..moga ALLAH menghapuskan golongan2 ini..

Tiada ulasan: